CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Monday, July 4, 2011

On and Off

Assalamualaikum..

Haah!!chuu!!...
mak ai sampai tuan punye blog pun boleh terbersin..Apatah lagi orang yang datang melawat..
Apa nak jadi la dengan blog ni..Punye la lama tak bersentuh sampai naik sawang dah..

Dah lama tak berblog..start2 blog duk merepek pulak kat atas tu....Haish..

Disebabkan sudah lama tak mengupdate blog ni...saya nak kongsi sikit cerite sepanjang saya menyenyapkan diri.

Nak tau sebab apa sudah lama tak update blog??

Sebab sibuk ngan kenduri kahwin sepupu la..kenduri kawin kawan la...Ikut ayah pergi reunion la...dengan harapan kot2 la dapat bertemu jodoh di sana...alamatnya hampeh...mungkin jodohku belum sampai lagi..
Mungkin bila tiba masa dan waktu nya..jodoh itu akan tiba jua...hehehe

Selepas selesai semua urusan- urusan penting itu (penting ke??). Saya pun memulakan hidup saya dengan menjadi seorang pekerja di sebuah pasaraya yang terkenal di daerah saya ni. Seperti biasa saya bekerja sebagai juruwang di tempat lama saya bekerja dulu. Dahulu bolehla saya bekerja dengan seronok, sebab kondisi kesihatan saya sangat baik. Tetapi sekarang disebabkan masalah tulang belakang saya ni, menjadi sedikit kekangan bagi saya untuk melakukan pekerjaan. Pinggang saya akan cepat sakit, kadang2 kaki terasa kebas, bila duduk punggung terasa dicucuk, disundal2 ..ok yang last itu tipu...(hehehe).

Disebabkan keadaan begitu, saya menjadi kurang seronok meneruskan pekerjaan saya, walaupun hakikat sebenarnya saya seronok bekerja. Saya bekerja sampailah genap 8 hari. Pada hari ke-8 tu, berlaku sedikit tidaksefahaman antara saya dan senior. Disebabkan supervisor saya cuti pada hari itu, oleh itu dia mengambil alih sebagai 'SUPERVISOR' la konon. Berlaku ketidakadilan di situ, dia dengan sesuka hati nya menukar jadual bekerja saya tanpa meminta persetujuan daripada saya. Dia tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Dia bukan sekadar menukar malah memaksa pulak. Itu yang membuatkan saya bengang, dia tidak menjaga hati dan perasaan pekerja. ini bukan sekali dia buat, sudah beberapa kali terjadi. Kali ini saya tak akan berdiam diri lagi, mungkin dengan orang lain bolehla dia bertindak begitu, tapi bukan dengan saya (amboi..tingginya ego..hehehe).

Oleh sebab itu, tanpa membuang masa terus meninggalkan notis perletakan jawatan saya pada pihak atasan dan terus saya punch card dan blah macam tu je. Waktu kejadian pada pukul 3 petang. Tengah2 hari macam tu, saya tinggal je kaunter saya, apa nak jadi, jadilah...
cashier tengah marah

Kembalilah saya sebagai pengganggur terhormat. Bila duduk di rumah ni, mulalah terasa kebosanan. Pada hari ini, saya merayau-rayau kat bandar Bentong. Boleh dikatakan hampir semua kedai saya masuk, penat jugak ek mencari kerja ni. Semuanya mahukan pekerja FULL TIME. Saya ni ingin memohon PART TIME saja. Sampai saya masuk 1 kedai ni.Akhirnya mereka boleh menerima saya bekerja PART TIME. Jawatan saya sebagai cashier jugak, al maklum la mereka sudah mengetahui sejarah pekerjaan saya sebagai cashier di pasaraya terkenal tu.

Bermula pada Isnin minggu hadapan, saya bekerja semula cashier di kedai RM2 Eco Shop. Tak silap ni la kot nama kedai tu. Di situlah sedikit sebanyak cerita yang saya kongsikan. Saya ni kadang2 'ON' kerja, dan dengan sekelip mata je boleh 'OFF' bekerja.

Saya harap di tempat kerja baru saya ni tak de masalah. Harap boleh bekerja dengan lancar. Doa2 kan saya ek..


aja- aja Fighting!!