CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Wednesday, April 27, 2011

Aku dilamun 'CinTa"

'cinta'?? apa itu cinta...Cinta itu sesuatu yang subjektif...Ianya sukar untuk ditakrifkan..Malah kamus dewan edisi yang keberapa entah pun sebenarnya dapat nak definisikan maksud cinta itu sebenarnya..

Alahai jiwang la plak minah ni...Awat hang bebunga- bunga pulak hari ni...
Tak de pape..saje je nak layan jiwang..nak jiwang betul- betul tak pernah merasa...
Siapalah yang ingin hamba Allah yang sorang ni....Hanya Allah yang tahu...

Sebenarnya tajuk entri ni tak de kena mengena pun ngan isi kandungan entri ari ni...saje je nak melepaskan bosan yang melanda jiwa sekarang ni..maklum la aku ade ' gap' paper 10 hari untuk paper yang terakhir..

Pape pun doakan aku yang terbaik.. k chaw!!

Tuesday, April 26, 2011

Senarai Top Ranking Universiti- Universiti Malaysia tahun 2011

Assalamualaikum,
Hari ni aku sangat bangga setelah mengetahui berita terkini (terkini ke??)....

Nak tahu apa berita nya??? dalam banyak- banyak universiti kat Malaysia ni, jangan tak tahu universiti aku dapat ranking no 1 wo...hu ha! hu Ha!..bangga kejap ( dah macam beruk pun ada, hahaha!!) ngarut jap..
Tahniah Universiti Sains Malaysia( USM)!!!
(berdiri tegak untuk nyanyi lagu USM.....lupa lirik da..haha)

Ni aku sertakan list ranking universiti untuk tatapan anda...tahniah buat universiti- universiti yang berjaya..


 1. Universiti Sains Malaysia
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Universiti Putra Malaysia
5. University of Malaya
6. Universiti Malaysia Perlis
7. Multimedia University
8. Universiti Teknologi Mara
9. Universiti Malaysia Pahang
10. International Islamic University of Malaysia
11. Universiti Utara Malaysia
12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
13. Universiti Tenaga Nasional
14. Universiti Malaysia Sabah
15. Open University Malaysia
16. University of Nottingham Malaysia
17. Universiti Teknologi Petronas
18. Universiti Sains Islam Malaysia
19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
20. Taylor’s University College
21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
22. Universiti Tunku Abdul Rahman
23. Universiti Malaysia Terengganu
24. Universiti Malaysia Sarawak
25. Universiti Tun Abdul Razak
26. Monash University Malaysia
27. Universiti Industri Selangor
28. Wawasan Open University
29. UCSI University
30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
31. Asia Pacific Institute of Information Technology
32. International Medical University
33. Help University College
34. Tunku Abdul Rahman College
35. Al Madinah International University
36. Universiti Kuala Lumpur
37. National Defence University of Malaysia
38. Segi College
39. Universiti Sultan Zainal Abidin
40. Universiti Malaysia Kelantan
41. Limkokwing University of Creative Technology
42. KDU College
43. Selangor International Islamic University College
44. Sunway University College
45. Malaysia Theological Seminary
46. Malaysia University of Science & Technology
47. Olympia College Malaysia
48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
49. Malaysian Institute of Management
50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
51. INSANIAH University College
52. Taman Pertanian University
53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
54. International Centre for Education in Islamic Finance
55. Majlis Peperiksaan Malaysia
56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
57. Disted-Stamford College
58. Berjaya University College of Hospitality
59. Asia e University
60. KBU International College
61. New INTI College
62. TATI University College
63. Nilai International College
64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
65. AIMST University

Thursday, April 21, 2011

Lu Bikin Gua Panas!!

Maaf ini entri gua dalam kepanasan..harap2 tak da sapa2 yang terasa dengan entri gua yang kali ni..mintak jangan banned..harap maaf..

Patut la lu remove gua dari friend kat Fb...Lu tak nak gua tau lu punye aktiviti..
Lu ingat lu tu bagus sangat la....kalau dah mulut macam longkang, boleh jalan lu ngan lu punye 'barang'..

Dulu bila gua mintak something, bapak kedekut taik hidung masin...
bila lu ngan lu 'barang' baru lu...sedikit banyak lu boleh habiskan duit lu..
"a'ah gua punye duit suka hati la gua nak wat apa"...(ada suara2)
kalau dah mulut macam longkang, lu manis- manis pun tetap macam longkang la bai!!!

patut la sombong semacam dengan gua sekarang, lu punye "barang" baru..wak lu!!!
bape lu bayar untuk 'barang' tu bai...??!!
Lu lngat lu remove gua dari fb sebab nak wat aktiviti lu ngan ' barang' lu..ada aku kisah ke??!

Boleh jalan la Lu dari hidup gua..muka macam taik kena penyet...bajet bagus la?? boleh jalan la!!

p/s: post ni adalah untuk melepaskan perasaan sahaja...jangan melibatkan sapa- sapa...terima kasih

Wednesday, April 20, 2011

Adi PuTra duduk Sebelah aku...

Assalamualaikum...
Jeng..jeng..jeng...
Adiputra yang pelakon tu duduk sebelah aku masa dalam flight!! percaya x!!
x percaya( ada suara2 membangkang)...hish! percayala saya tak tipu punye...saya serius ni!
muka serius >~<..dah berkerut-kerut dahi wat muka serius..
copy dari google je
percaya x??...Tak percaya jugak..hm nak wat camne kan...kalau orang tak percaya wat apa nak citer kan? kan? kan?

Tapi aku tak kisah...tetap jugak nak citer..ni blog aku kan, bukannye blog korang.*wink *wink..

Ok la...sebenarnya bukan Adiputra pun duduk sebelah aku...tapi "Hadipura-pura"...akan- akan la tu kan?
Masa aku balik dari KB aka Kota Bharu ke KL aka Kuala Lumpur, aku naik flight...Kali ni first time aku balik guna Air Asia..not bad la..sebelum ni selalu naik Firefllyz ( your community airline)..Hang tengok sampai boleh duk hafal die tagline agi...Punye setianye dengan Fireflyz.

Ok berbalik pada citer asal..aku duk tepi tingkap...tengah2 aku mngomel hari sangat panas..tibe2 la ade suara garau yang menyampuk." a'ah, memang panas pun kan?"..aku pun berpaling ke sebelah, rupa-rupanya ada mamat muka sebijik Adiputra yang menyampuk. Wah!! heavennye dapat duduk sebelah die( walaupun tak dapat duduk sebelah Adiputra yang sebenar)..Dia ok la not bad, peramah, macho, hensem, gentleman....wah suka sangat2!! Nak tau kenapa saya kata gentlemen??nak dengar tak?? sebab masa flight tu dah sampai KL..die yang tolong turunkan bag saya dari kabin, bukan nye pramugari..itu yang special nye..

Ok itu jelah nak citer, sat agi aku ade exam paper BI kul 2.15 kang..Wish me luck!!

Kalau la Adi Putra betul duduk sebelah aku, tak tahu la macam mane reaksi aku...boleh pengsan kot..haha( just joking) teehee!!
sangat macho!!
p/s: sangat suka Adi Putra...

Sunday, April 17, 2011

Kecewa dan terkilan

Assalamualaikum,
memang dah lame sangat aku tak update blog ni...rase macam betul2 dah ketinggalan zaman dan cerita-cerita hot yang menarik..
al- maklumla masa sangat- sangat mencemburui aku...yelah sejak aku balik cuti ujung minggu pada 12 mac 2011  aku terus mengharungi hari- hari yang sangat busy dan menyesak kan jiwa..
dengan test yang berderet- deret, dengan assignment yang berlambak yang semakin hampir dengan due date ngan praktis diner ag..ngan meeting ke sana kesini ag..fuh! memang memenatkan dan tension benda mula redha bila study week dah start..mase 1st day study week aku cabut balik rumah tanpa dirancang, aku beli walk in tiket je balik (tiket flight ok!) bapak la mahal nye..tapi nak wat camne hati ni nak jugak balik rumah kerana terlalu tension dgn kehidupan seharian( x leh bla ayat skema)..sampai2 umah terus demam...nampak sangat badan aku pun dah x larat nak menanggung aku..badan aku pun mintak ampun..

Aish jauh sangat aku melalut dari cerita sebenar...tadi mood aku sangat down tapi bila ak dah menulis blog ni aku rasa lega...sebab tu orang kata blog ni kadang- kadang boleh jadi peneman kita..
Aku kecewa? aku terkilan ? sedih ke?
semua menjadi persoalan pada aku...aku sebenarnya tak la sedih sangat ag pun buat apa nak sedih benda yang remeh temeh( kata-kata semangat untuk diri sendiri)...tapi aku nak sedih jugak dan kecewa..

Aku sangat2 kecewa dengan kawan aku... semalam merupakan birthday die iaitu 16 April aku pun dah lama tak contact disebabkan kebusyian hidup tapi aku still ingat birthday die...pkul 12 lebih malam  aku wish la kat die happy birthday...kalau jenis yang kawan yang aku betul2 rapat, aku akan sanggup menghabiskan kredit aku semata-mata untuk wish birthday aku x main la wish kat fb ni kalau kawan yang rapat ngan aku ni. aku pun wish la kat die melalui sms...tetapi betapa kecewa nye aku die sedikit pun tak respon wish aku..nak kate die abih kedit..aku tanye membe aku yang sorang ag, die cakap si die ni ada je respon kat wish die
betapa terkilan nye aku, die langsung tak menghargai aku sbg sahabat. Apalah salahnya respon walaupun hanya dengan hantar "tq" kat aku..aku dah cukup gembira.. Sampainye hati die buat aku macam ni, saya x faham dgn manusia begini...Die sangat sombong dengan saya..Apalah salah saya sampai layan saya begini sekali, saya try call die tapi die x angkat,..last sekali saya antar mesej mintak maaf kat die, die x respon jugak

Apa lah salah aku...tapi xpelah saya dah mintak maaf sayan dah jalankan tanggungjawab saya sbg seorang hamba Allah yang tak pernah lari dari buat kesilapan. dan itu hak die nak memaafkan saya ke x...tapi sedangkan Rasulullah s.a.w boleh memaafkan umatnye apatah lagi die...wallahualam..itu terserah kepada die.

p/s: jangan jadi seperti saya yang terlalu mengharapkan seseorang yang tak pernah hargai nilai sahabat