CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Saturday, January 15, 2011

AKU TAK FAHAAAAMMMM!!!!!

AKU TAK FAHAM!!   AKU TAK FAHAM !! DAN AKU MEMANG TAK FAHAAAAMMMM!!!

ape yang ko tak faham hah??!!....makan penyepak sebijik kang nak????..macam orang gile plak die...
hehehe(sengih kerang busuk)...
hah yang ko sengih macam kerang busuk tu wat ape???!! citer la menda ape yang ko tak faham nye??


tak pasal2 je aku wat dialog hampeh kat atas tue....aku sekarang dalam keadaan yang geram taw...
mane tak geramnye..sebab AKU TAK FAHAM!..

aku tak faham la dengan seorang hamba Allah ni...ape la yang dia tak puas hati ngan aku ni....
apela yang mnyebabkan hati die sakit sangat bile berjumpa ngan aku ni..apelah kelebihan yang aku ade..
dahla aku ni muka pun tak berapa nak lawa, hidup plak dalam keadaan yang sederhana, nak kata pandai tak la pandai sangat, dah la sekarang ni dah macam OKU dah...asyik ke hulur ke hilir mengusung pelampung aku tu....tak de pelampung tak leh la den nak duduk...

tengok la betapa banyak nye kekurangan aku...tapi AKU TAK FAHAM betul ape yang hamba Allah ni betul2 tak puas hati ngan aku...ajak berbincang tak nak berbincang...asal jumpanya muncung mulut tu macam mulut buaya boleh ikat ngan tali rapia lagi...

susah betul kalau orang yang hati nya penuh dengan hasad dengki...memang susah segala-galanya...susah nak memaafkan orang, susah nak bertolak ansur, susah nak berfikiran positif dan susah semuanya lah..

tak de ape yang mampu aku buat...bak kata 1 ayat tu yang aku tak ingat ayat ke berapa dalam surah ape..yang berbunyi: selemah-lemah iman adalah dengan menghalang kemungkaran dengan hati...

dan aku berharap sangat hamba Allah ni memahami ayat dalam Al- Quran yang bermaksud:" menahanlah amarahnya dan memaafkan orang lain, sesungguhnya Allah menyintai orang yang berbuat kebaikan" lebih kurang gitu la ayat nye...

Friday, January 14, 2011

moden vs jahiliyah????

Assalamualaikum....
hari ni nak wat short entry je sebab mata ni dah mengantuk sangat...tapi degil nak juga update blog.
bile kite renung2kan tajuk entry kite pada hari ni ek...mesti entry Islamik..ceh ceh konon islamik..tak de la islamik pun...just nak citer hari ni aku pegi talkshow yang diadakan di usm ni sempena Festival Kelestarian Islam (FesKI). Aku ade in charge dalam program kalau tak pergi memang tak bertanggungjawab la...

Talkshow ni bertajuk : Moden VS Jahiliyah...
pelbagai isu yang telah dibongkarkan pada malam ini, berkenaan ngan isu sosial, isu memperdagankan orang..dan pelbagai lagi..apa yang telah dibincangkan dalam talkshow ini mengatakan zaman moden semakin menjurus ke arah zaman jahiliyah dari pelbagai aspek..
ia sesuatu program yang sangat menarik dengan hujahan ahli- ahli panel yang cukup berpengalaman..rugi kalau sapa yang tak pegi tadi...
esok ade program ekspressi islam mahasiswi, aku in charge program ni jugak..moga2 ramai orang menceriakan majlis
k la sampai sini jelah coretan saya, dakwat pen dah nak abih ( bile plak aku menulis pakai pen)..hehehe

Wednesday, January 12, 2011

benci!! benci!!benci!!

argh~!!!...
mood aku sekarang ni dalam keadaan yang sangat marah....
aku benci!benci! benci! ari ni.....aku benci dengan dm 3 iaitu desasiswa tempat aku tinggal..
ari ni boleh dikatakan hampir sehari suntuk aras kitorang blackout...argh~!!!

dah la pagi2 tadi ag dlm pukul 7 pagi dah blackout.....sampai la lepas asar baru ade elektrik...
sekarang ni dah pukul 1 pagi tibe2 takde elektrik....
macam pihak desasiswa wat kerja ni~!!! bengang aku!!!

dan nak bagitahu..perhatian kepada sesiapa2 yang bawak peralatan elektrik yang tak dibenarkan tu..lebih simpan je kat umah....tak payah sampai menyusahkan orang lain...disebabkan barang elektrik korang aras 3 ni asyik blackout je....

elakkan hidup menyusahkan orang lain...
p/s : kecik-kecik tak nak mampus, bila besar menyusahkan orang
       tak tahu la bile tua nanti tak nak mampus- mampus jugak...
(sekadar luahan hati semata-mata)
mood: very very angry..

Friday, January 7, 2011

Sedekah Al- Fatihah kepada nenekku

Hari ini mode aku kurang baik...pagi2 tadi bangun je tido terus dapat mesej dari mak aku yang berbunyi begini..
"Kakak, wan dah meninggal "...
dengan mesej yang begitu ringkas telah menyebabkan air mata ku bertakung..
aku tak sempat melihat wajahnye di saat- saat akhir...
aku sekarang berada di kota bharu, kelantan dan nenek ku meninggal di hospital kuala lipis, pahang.
tak sempat aku pulang...maka aku  hanya mampu sedekahkan al-fatihah dari kelantan sahaja..
moga rohnya dicucuri rahmat...moga rohnya ditempatkan dgn orang yang baik-baik

Al- Fatihah~...

Tuesday, January 4, 2011

bila la nak masuk ni..?

tengok tajuk entry tu mesti terpinga-pinga..masuk apa cik kak oi??
tunggu masuk meminang ke??? eh x la tunggu masuk kubur..hehe..acah je..
tajuk entry di atas x de kena mengena ngan masuk meminang atau masuk ke rumah 2 tiang tu..

masa aku tengah menulis entry ni aku baru je siap buat surat nak hantar result sem 1 ke pihak penaja aku..

tapi yang aku tak puas hati ni...semua tindakan telah pun aku buat...tapi bila la pihak penaja aku ni nak MASUK kan duit biasiswa tu..jenuh guwa menunggu..
kalau gua tau macam ni punya lambat masuk duit...baik gua pilih JPA je ari tu..eh, eh, acah je..jangan tolak rezeki wey..dah dapat biasiswa tu pun dah cukup baik dah..

di sini aku menulis dengan penuh harapan...harap-harap pembayaran biasiswa aku dapat diselesaikan dalam bulan Januari ni jugak..

baca je entry ni mesti tertanya- tanya biasiswa ape la yang aku dapat ek??
nak taw???
JENG, Jeng, jeng.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.Biasiswa Majlis Raja- Raja

mesti korang jarang dengar kan??? nak taw lebih lanjut boleh click di sini
nak taw camne aku dapat..nanti aku citer kat entry lain

i'm still waiting for the money