CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Friday, October 22, 2010

many things happen

semalam aku pergi ke konsert amal. Seronok kan sambil pergi ke konsert sambil itu beramal..thanx to Zila dan Tasha kerana telah memaksa aku membeli tiket konsert amal tue...huhuhu
seronok sangat pergi ke konsert ini. Memperkenalkan kumpulan Far-East dan Fitri Haris


aku sangat minat fitri haris...beliau sangat hensem~!!..wah sangat teruja...aku suka jugak dekat pemain gitar beliau..namanya syafiq dr ukm...boleh tahan la muke die...hahaha
tapi yang paling unik nye si pemain alat muzik gendang tu..namanya hafiz...x boleh blah die..tangan die ada sepuluh agaknye...boleh die main alat muzik banyak...boleh dikatakan hampir berbelas alat muzik die mainkan semalam (tamak ke ape)..hahaha

Pukul 12....selesai je konsert semalam...tibe-tibe aku rasa dada aku rasa berat nak tarik nafas. Aku kebetulan nak ajak nurul teman kite pergi 'cucuk' duit kat atm...sampai je kat atm...nafas ku berbunyi dengan kuat. Nasib baik atm tu kat hospital. Alang- alang aku terus ajak nurul pergi ke bahagian kecemasan. Di bahagian kecemasan aku terus diberi nebulizer..(nak tahu pasal nebulizer boleh klik di sini)

(camni la keadaan aku sedut gas)
selepas sedut...aku rase lega sekejap..tapi selepas 10 minit dada aku terasa berat lagi nak tarik nafas...dan nafas ku berbunyi...doktor pun terus beri sekali lagi sedut nebulizer....

selepas 10 minit sedut...seperti biasa badan aku akan menggeletar. (sedangkan nak taip mesej pun terketar-ketar). aku pun boleh bernafas seperti biasa cuma badan aku je yang menggeletar.
Nasib baik kawan2 ku sanggup tunggu padahal masa tu dah dekat pukul 2 pagi...thanks tu Nurul, Syimah, Zeeqah sebab sanggup tunggu. Syimah dan Zeeqah pulak walaupun berada di bilik sanggup trun cari motor nak jemput aku balik. Thanks sangat kat korang.

Sementara menunggu nak ambil ubat, ada satu kes kecemasan yang membawa kepada kematian. Semua ahli2 keluarga terdekat menangis, meraung. Aku dan Syimah yang berada berdekatan tu jugak turut berasa sebak...
Pukul 2 syimah telah menghantar aku pulang ke desasiswa.
Macam perkara yang berlaku dalam 1 hari (banyak ag nak citer tapi penat dah menaip)...hehehe
itu saje coretan saya kali ni..

Friday, October 1, 2010

sad wif my roommate

semasa aku menulis blog ni, ak sangat-sangat la sedih.

aku sangat sedih dengan roommate aku. sepanjang dah 3 bulan aku meneruskan pengajian di sini aku sangat sedih dengan penerimaan roommate aku. Aku tak faham..kenapa lah die tak boleh terime aku.

dan yang paling- plaing aku sedih, die tak nak menjaga hati aku. sepanjang 3 bulan aku di sini aku berusaha untuk mendalami die, cuba memahami die, cuba menghiburkan hati die.
dan dah pelbagai cara aku dah guna supaya hubungan kami menjadi rapat.
tetapi hampa, satu pun tak berkesan. Aku sedih sangat...

dia macam tak pernah nak hargai aku. Aku tak pernah jumpa manusia 'spesies' ni. dia sangat la pelik. Aku tak tahan lagi. Aku tak tahu nak ngadu kat sape. Aku dah luah kan dekat rakan- rakan karib ku.. Aku lega.

ketika aku keluar daripada bilik, aku bagaikan rasa bebas dan senang hati. Padahal, kebanyakan orang mengatakan bahawa di bilik la tempat yang paling selesa, tetapi berbeza dengan aku.

Apabila aku pulang ke bilik, diri aku bagaikan terseksa. Aku tak tahan lagi. Rasa nak tukar bilik je!!!

macam perkara die dah lakukan pada aku...dan aku cuma mampu sabar je...
sebagai contoh :
  • kite hidup sebagai roommate pasti mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebajikan sesama roommate. Tetapi dia tidak, dia tidak pernah mengejutkan aku subuh, pergi kelas..walhal pada masa tu waktu dah lewat.
  • dia tidak pernah menerima sebarang pelawaan aku, at least jaga la hati aku sikit, setiap benda dan setiap perkara aku beli dan buat tidak pernah aku lupa untuk meperlawa dia, tetapi hampa dia tidak pernah menerimanya.
  • dia amat jarang menjawab pertanyaan aku, setiap kali pertanyaan aku pasti akan dijawab dengan " ntah, tak tahu". tak ke sakiti hati aku macam tu.
  • selalu aku yang memulakan perbualan, dan setiap kali aku memulakan perbualan, dia tidak pernah mengendahkan perbualan aku, dan menyebabkan aku termalu dan terdiam sendiri...huk3 sangat sedih...
byk lagi perkara yang berlaku dan aku sangat sedih....aku tak tahu nak wat apa lagi..dah pelbagai cara aku cuba untuk rapat ngan dia, sebab dia adalah roommate aku. aku sayang dia tapi mengapa dia tidak pernah begitu kepadaku.
aku dah penat cuba berpura-pura happy ketika di bilik. penat mengambil hati die.
aku nak mintak pendapata korang apa yang perlu aku laku kan????!!
tolong la