CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Monday, May 30, 2011

Tumit anda Sakit??jumpa saya...

Assalamualaikum...

dah lama tak mengupdate blog ni. dah berabuk dah pun..
fuh..fuh..tiup habuk....hah.bersih pun.

Hari ini tiba- tiba rasa nak tulis pasal kesihatan. Al- maklum la bila cuti lama ni..mula lah duk kerja ternak lemak je kat rumah. Bila dah ternak lemak, mula lah datang macam- macam penyakit. Sakit itu la..sakit ini la...

Hah. hari ini saya nak bincang sikit pasal sakit tumit. Anda pernah berasa sakit tumit?. Kalau yang tak pernah rasa...meh nak bagi tahu. Sakit tumit ini memang la ramai individu pandang remeh. Tapi bila sakit itu dah menyerang, nak jejak tanah pun tak mampu. Rasa macam jejak atas pisau yang tajam je. Sakit nye menyucuk-nyucuk. Sangat sakit. Dalam nama lain sakit tumit sering disinonimkan dengan


Kebiasaan sakit tumit selalu dihadapi oleh individu yang berumur 40- 60 tahun. Bagi sesiapa yang membaca ini, walaupun korang tak merasai lagi. Pasti ada mak atau ayah korang kena. Sakit tumit sering mempengaruhi individu seperti ini:


  • faktor penuaan
  • obesiti
  • golongan pekerja yang banyak melakukan pergerakan
  • tapak kaki leper
Punca sakit tumit ini ialah plantar fasciitis yang membabitkan keradangan pada tisu plantar fascia. Plantar fascia ialah sejenis tisu yang terletak di bawah tapak kaki yang bermula dari ibu jari kaki sehingga tumit.

Rawatan yang diperlukan??
Ada beberapa cara mudah. Pesakit dinasihatkan tukarlah kasut anda tu. Pilih kasut yang mempunyai permukaan yang lebih lembut. Bagi kaum perempuan, elakkan pemakaian kasut tinggi untuk tempoh terlalu lama.

Selain itu, pesakit juga boleh meletakkan ketulan ais pada tumit. Dengan cara ini dapat meredakan keradangan pada tumit tersebut.

Seterusnya, boleh juga melakukan senaman. Tetapi untuk senaman ini, lebih dengan pemerhatian ahli fisioterapi untuk mengelakkan berlaku kecederaan yang tak dapat dielakkan.

dah akhir sekali, anda disarankan berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan seterusnya. TERSERAH KEPADA YANG PAKAR.

Setakat ini sahajalah sesi konsultan daripada saya..

Sekian..

Thursday, May 26, 2011

Kisah Ulat Beluncas dan Rama-rama

Assalamualaikum

Hari ini mood saya agak baik. Walaupun saya bangun agak lambat. Bermakna tidur saya cukup. Hehehe..
Tapi bukan bermaksud saya terlepas Subuh. Saya still bangun untuk solat Subuh kerana menunaikan solat lima waktu merupakan kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Tetaspi disebabkan mengantuk yang teramat sangat. Saya gi sambung tidur pulak lepas solat Subuh. Padahal orang kata tidur selepas Subuh, menyebabkan pintu rezeki kita tertutup. tak elok tau tidur selepas Subuh, jangan ikut macam saya.

Aih..sempat lagi buat kelas fardu ain pulak tengah- tengah hari ini. Tujuan saya tulis entri kali ini sebab nak kongsi story dengan korang semua. Korang pernah dengar tak cerita Ulat beluncas dan Rama-rama??

Kalau tak pernah, jom kite kongsi sama-sama.

"Ada seorang lelaki yang meminta rama-rama dan bungan daripada Allah. Setiap hari dia berdoa supaya Tuhan memakbulkan doanya. Dia sangat- sangat berharap dia akan memperoleh rama-rama dan bunga. Namun pada satu hari, Allah bagi dia pokok kaktus dan ulat beluncas. Lelaki itu sangat kecewa. Dia merintih kenapa Tuhan beri dia ulat beluncas dan pokok kaktus, padahal dia meminta rama- rama dan bunga. Semenjak itu, dia telah berhenti berdoa. Dia sangat kecewa dengan Tuhan. Lalu, dia membiarkan sahaja ulat beluncas dan pokok kaktus kerana doanya tidak dimakbulkan dan tanpa sedar masa berlalu. Detik demi detik, minit demi minit...
Sehinggalah satu hari itu, pokok kaktus itu mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan juga ulat beluncas itu telah menjadi rama-rama yang berwarna-warni dan menawan.. Dan pada masa itulah dia sedar yang dia telah tersilap. Dia bersyukur teramat sangat dengan pokok kaktusnya yang telah berbunga dan juga ulat beluncasnya yang telah pun menjdai seekor rama- rama. Pada masa itu dia sedar yang Allah masih lagi memakbulkan doanya walaupun dengan cara yang dia tidak suka"

pengajaran daripada cerita tersebut: 'Tuhan telah memberikan kita sesuatu walaupu  kita tidak suka walhal sebenarnya apa yang kita tak suka itulah yang menggembirakan kita'

Selamat membaca!! apa komen korang??

Wednesday, May 25, 2011

Dulu penggila komik, sekarang penggila novel, akan datang??

Assalamualaikum

Entri kali ini nak cerita sikit pasal diri saya...Saja nak kongsi2 citer kan??
Lagi pun nama blog ni pun "Cerite Untuk Kite2 Jer". Of course di sini tempat kite berkongsi cerite kan??
Kepada sesiapa yang ingin berkongsi cerite..dialu-alukan ek ( dgn bertujuan untuk berpromo) hehehe..

Nak story sikit. Saya ni dulu memang seorang penggila komik, penggila anime. Saya sangat fanatik dengan komik2 jepun atau lebih dikenali manga, peminat tegar anime sampai sanggup nak jahit cosplay sendiri ( ok yang last ni menipu je)
Tetapi memang serius saya sangat peminat anime dan manga ni, Channel Animax kat astro tu memang jadi channel tetap saya, kedai jual buku komik kat bandar tu, memang saya lah jadi pelanggan tetap, setiap bulan mesti datang nak tengok siri2 baru...tak pun setiap minggu pasti datang nak komik cinta2 jepun..kot2 ada keluaran terbaru.

Saya dulu pernah bercita- cita nak jadi mangaka. Saya pasang niat saya ini  dengan member baik saya. Kitorang sama2 melukis komik. Padahal bukan lawa pun, sekarang ni tengok rasa buruknya lukisan. Padahal masa dulu lukis, rasa lukisan itulah yang terbaik. ( perasan !!)

Banyak koleksi komik saya sampai hampir penuh rak2 buku saya. Saya mengumpul komik: Dragon Ball, Ranma 1/2, Anak Sateria, Rave Master dll. Saya juga minat mengumpul komik2 jiwang macam Hot Gimmick ke, n banyak lagi la..( tak ingat tajuk)

 ini baru 1/4 daripada koleksi

ini cuma sebahagian koleksi komik2 cinta

itu semua cerita dulu, zaman jahiliyah katakan..haha. Sampaikan kena marah dengan mak sebab dah dekat exam pun still lagi sibuk duk hadap komik, lukis komik dan sebagainya. Bercita-cita nak jadi mangaka..haha

Sekarang ni pula, saya memang seorang penggila novel pulak. Saya tidak pernah berhenti membaca novel. Tiba- tiba boleh bertukar minat pulak. Saya rajin hadir ke perpustakaan, bukan sebab nak pinjam buku rujukan atau apa. Sibuk duk meminjam novel. Pandang ada masa lapang, pasti hadap novel.
Saya juga ada wat koleksi novel saya sendiri. Hampir penuh juga rak2 kat umah ini dengan novel- novel.

Saya membeli novel kebanyakan berdasarkan penulis. Saya sangat meminati penulis seperti: Norhayati Berahim, Aisya Sofea, Damya Hanna, Siti Rosmizah, Anis Ayuni dan ramai lagi la. Kalau saya senarai kat sini alamat berjela- jela lah entri kali ini. Bagi yang peminat -peminat novel kat luar sana tu mesti bersetuju dengan saya kan yang penulis- penulis yang saya senaraikan tu, novel mereka memang best.

Disebabkan  minat terhadap novel, saya cuba berjinak- jinak nak menulis jugak. Tapi setakat ni saya cuba tulis cerpen je. Saya ada seorang kawan yang merupakan seorang penulis. Dia telah berjaya melahirkan  mengeluarkan sebuah novel sulung nya. Mesti ada yang kenal dengan Orkid Edyliyne yang comel2 tu.
Kepada sesiapa tak tahu sila klik sini
ini antara koleksi (ada banyak lagi)

Itu untuk masa sekarang, akan datang bagaimana pula. Minat saya mudah berubah- ubah. Akan datang Hanya Tuhan Yang Tahu.. Entah- entah duk minat baca buku- buku dokumentaru plak..Nanti mula- lah duk ikut-ikut nak jadi penulis dokumentari plak..Hahaha

antara buku- buku dokumentari

Itu jelah serba sedikit tentang diri saya untuk pengetahuan korang semua..Harap korang semua sudi berkongsi cerite dengan saya pulak berkenaan hobi korang semua.

Selamat Membaca!!!

Monday, May 23, 2011

Rumah pelik tapi wujud, tak percaya?? cuba Tengok

Assalamualaikum

hari ini saya nak kongsi serba sedikit tentang info yang saya dapat.
Saya ingin berkongsi tentang rumah. Rumah sering kita definisikan sebagai sebuah tempat untuk berteduh dalam erti kata lain. Rumah merupakan keperluan asas seseorang. Tanpa rumah @ tempat beteduh kita akan harungi kesusahan hidup. Tak kira lah rumah itu dari sebarang bentuk sekali pun. dari pokok ke, dari batu ke, dari pasir ke, dari ais ke (iglu) ataupun dari biskut dan coklat ( ok last ni merepek je)

Bagi mereka yang dah berpendapatan mesti inginkan sesebuah rumah yang cantik dan unik. Bagi mereka yang ketandusan idea ingin mendesign rumah mereka apa kata cuci mata sekejap. Kot- kot ada idea lepas ni nak bina rumah


Bioscleave House Life Extending Villa
Lokasi: East Hampton, New York
Harga: $4 juta USD
Bikik Tidur: 3 Bilik Air: 2 Luas kaki persegi: 3,700
Terkenal kerana: Contoh USA pertama mengenai reversible destiny architecture, ataupun “architecture against death”




Coral Castle
Lokasi: Miami, Florida
Harga: Tidak disenarai di pasaran
Terkenal kerana: Lagu Billy Idol’s 1986 bertajuk “Sweet Sixteen” adalah tribute kepada Coral Castle dan pembinanya, serta klip videonya dirakamkan di sini.


The Dune House
Lokasi: Atlantic Beach, Florida
Harga: $1.4 juta USD
Bilik Tidur: 2 Bilik Air: 2; Luas kaki persegi: 1500 
Terkenal kerana: Ia adalah rumah era-disco dalam sebuah dune! (Rujuk kepada wikipedia Duneiaitu seperti bukit pasir)


Hammargren Home of Nevada History
Lokasi: Las Vegas, Nevada
Harga: Tidak disenarai di pasaran
Terkenal kerana: Robin Leach menggelarinya sebagai “rumah yang paling menarik di dunia.”


Mystery Castle
Lokasi: Phoenix, Arizona
Harga: Tidak disenarai di pasaran
Terkenal kerana: Dibina oleh seorang lelaki yang mengabaikan keluarganya tapi hilang selepas mengetahui dia menghidap tuberculosis.

Amacam...cantik tak rumah2 kat atas tu..ada idea nak bina rumah. Kalau rumah korang macam ini lah confirm aku takut nak masuk... rasa macam masuk dunia asing..hehe



Saturday, May 21, 2011

Majlis Pertunangan Khairul Fahmi Che Mat dengan Elia

Assalamualaikum
Tadi tengah- tengah blogwalking. Tiba- tiba terjumpa berita pertunangan Khairul Fahmi Che Mat dengan awek die Elia dan sekarang dah jadi tunang dia yang berlangsung pada 17 May hari itu.

Wah kemain gempak lagi majlis dia. Tengok kek die pun dah terliur..
Mereka punya majlis pertunangan bertemakan ala arabic. Tengok! majlis bertunang pun dah ada tema \. Tak tahu lagi majlis perkahwinan mereka nanti. Wah! tak sabar nak tunggu mereka naik ke jinjang pelamin.
Saya di sini berdoa agar hubungan mereka berkekalan. Amin.
Meh sini usha- usha sikit gambar pada hari majlis pertunangan mereka. Bestnya kalau dapat buat majlis bertunang macam ni. Saya ni bila lagi?? Orang nak masuk meminang pun takut..hehehe

Jom cuci mata...!!

kek pertunangan..sayang nak makan rasanya

hantaran kot..mahal kot..huhu

bagai sang puteri menanti puteranya..nice!!

singgahsana mereka..ala-ala aladdin dah

cik Elia bersama pengapitnya

cik Elia..manis orangnya

sumber gambar: kataartis.com

Miss Nadya Buat Giveaway Kali Pertama

Assalamualaikum

kali ini miss nadya kita buat kali pertamanya wwat giveaway..how nice miss nadya. luv u !!
dan buat pengetahuan miss nadya ini juga kali pertama saya menyertai giveaway..haha
Memandang miss nadya nak kita bercerita berkenaan dengan story birthday kita.

So, saya dengan berbangga hati nya ingin berkongsi peristiwa ketika saya menyambut birthday.
Storynya bermula begini, waktu ini saya baru lagi berumur 13 tahun atau dalam kata lain form 1.
Masa pagi birthday saya, as usual la buat macam biasa. Pergi sekolah, belajar dan semua dan cuma yang saya pelik kenapa semua bersikap dingin dengan saya. Bila saya tanya, jawab sepatah je. Saya pun anggap maybe 'ehem2 kot atau dalam kata lain ABC( Allah Bagi Cuti)hehe.. tapi takkanlah dengan member2 laki pun macam tu.

So sampailah time rehat, semua macam tak nak kawan saya. Saya ingat nak pergilah rehat sorang2. Tiba- tiba member2 ni, macam nak melambat-lambatkan saya. Tiba- tiba macam nak cari gaduh dengan saya. Saya dah naik risau, rasa macam nak nangis. Tiba- tiba ada seorang member laki tu, bawak keluar kek coklat dari dalam almari kelas kitorang siap dengan ada lilin sekali..Diorang semua wish HAPPY BIRTHDAY!!Siap menyanyi sekali.

 Wah!! terharunya, rasa macam lagi nak menangis je sebab terharu. Member semua dah plan nak kenakan saya. Kitorang makan kek sama2 dalam kelas. Last- last habiskan masa rehat dalam kelas je.
Itulah pengalaman sambut birthday saya paling best la.

Hope, sesiapa yang baca ini. Terhibur dengan story lama saya ini.
And last sekali harap yang dah baca ini sudi join giveaway ini, rasa tak rugi pun kalau join. Boleh bagi support kat miss nadya kita ini!! :-)

Friday, May 20, 2011

aku masih baru dalam nuffang...

Assalamualaikum

Entri kali ini tak de nak cerita apa-apa. Just nak bagitahu korang semua yang saya baru berjinak- jinak nak menggunakan perkhidmatan iklan nuffnang. Saya tengok di kebanyakan bolg pasti diadvertisementkan oleh nuffnang. so, saya ni gatal- gatal la nak mencuba juga. Tapi banyak lagi yang saya kurang tahu penggunaan nuffnang.

So, saya harap sesiapa yang membaca sudi memberi tunjuk ajar kat saya...Janganlah kedekut ek. berkongsi tu kan amalan yang baik. Lagipun ' sharing is caring not scary' right? right?

Sila beri tunjuk ajar. Terima Kasih..

Sesiapa yang Berkenaan, silalah tampil ke hadapan

Assalamualaikum

Entri kali ini saya ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja, sekiranya saya ada melakukan kesilapan yang disengaja dan yang tak disengaja...
Saya telah terbaca 1 shoutout box saya...dan saya berasa sangat sangat terkilan dan tersentap dengan apa yang di'shout' kan..
dan bagi entri ini saya ingin memohon
"KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN, SILALAH TAMPIL KE HADAPAN"

saya meminta orang yang berkenaan, berterus teranglah dengan saya. Saya lebih suka berterus terang daripada duk sindir- menyindir ni. Mungkin saya tidak sedar saya telah terhutang dengan seseorang itu, oleh itu saya memerlukan orang itu supaya terus mengingati saya. Saya juga seorang hamba Allah yang mudah lupa dan tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan, oleh itu Allah menjadikan kita supaya saling mengingati.

Saya memang perlu menjelaskan sebarang hutang, kerana saya sendiri pun tidak suka berhutang. Mungkin ini adalah salah satu perkara yang saya terlepas pandang. Oleh itu, saya memohon supaya sesiapa yang masih lagi saya berhutang dengannya, tampil ke hadapan dan memberitahu supaya saya dapat melangsaikan hutang saya secepat mungkin.
Mati tidak menunggu kita, mungkin esok atau lusa ataupun bila- bila hanya Allah yang mengetahui. Saya tidak mahu kerana hutang saya di dunia tidak dilangsaikan menyebabkan saya terpaksa bersoal jawab di kemudian. hari. Oleh itu, sekali saya memohon kepada sesiapa yang berkenaan beritahu saya, supaya memudahkan 'perjalanan' saya kelak.

Thursday, May 19, 2011

Cerpen: Takdir Menemukan Kita

Selesai sahaja barang- barangnya diangkut ke stor, Miera menaiki semula ke biliknya bagi memastikan kesemua barangnya telah habis diangkut dan disimpan ke dalam stor. Miera mengeluh, “ Huh, akhirnya terang jugak bilik ini aku kerjakan. Nampak seperti mula- mula aku masuk dulu”. Miera pun menjenguk ke luar tingkap dan melihat masih terdapat beberapa orang pelajar yang masih lagi sibuk mengangkat barang ke dalam stor.

Miera mengerling ke arah jam tangannya, “ Hm, baru pukul 5. Teksi nanti datang pukul 7, baik aku pergi mandi dulu.”. Dia pun terus mencapai kelengkapan mandinya dan melangkah ke bilik mandi. Selesai sahaja bersiap, dia melihat jam baru menunjukkan pukul 5.45 petang. Tiba- tiba mata ini terasa berat pula, dalam dia tidak sedar dia telah terlelap.
I want nobody nobody but you
I want nobody nobody but you
nandareun sarameun silheo
niga animyeon silheo
I want nobody nobody nobody nobody

“Hello, siapa ni?”, dengan suara mamainya dia menjawab. “ Assalamualaikum, dik, ni pak cik Zaki. Betul ke adik tempah teksi pukul 7 yang nak seksyen 17? Adik duk kat mane lor ni?” Miera terus mengerling jam tangannya, Ya Allah! Dah pukul 7 macam mana boleh tertidur, getus hatinya. “ Ya, ya pak cik saya tempah, pak cik tunggu saya kat depan kolej Mawar. Kejap lagi saya turun. Minta maaf ek pak cik”. Miera mematikan talian. Terus dia mengenakan tudung diatas kepala dengan tergesa- gesa sambil dalam hatinya merungut pasal tertidur tadi. Miera mengangkat begnya yang agak berat itu ke aras  bawah dan membawanya ke arah teksi, pak cik teksi itu tanpa berlengah masa terus menyambut beg tersebut dan menyimpannya ke dalam boot kereta. Miera pun terus duduk di tempat duduk belakang dan terus pak cik itu meneruskan pemanduannya ke destinasi yang di tuju.

Sepanjang perjalanan, hanya bebelan dj di radio sahaja yang menemani mereka. Sesekali Miera ternampak kelibat pak cik itu mengerling ke arahnya melalui cermin pandang belakang. Miera malas nak berfikiran negatif, ‘pandang kereta belakang agaknya’, desisnya dalam hati. Pukul 7. 40 malam, mereka pun sampai ke stesen bas seksyen 17. Tanpa berlengah terus Miera berkejar ke kaunter untuk bertanya sama ada basnya yang pukul 8.30 sudah sampai ke belum. “ Bas pukul 8. 30 ke Kuantan dah sampai ke belum?” “Ha..belum sampai lagi dik, kalau sampai nanti kitorang buat pengumuman” “ Terima kasih ek”, Miera menjawab. Miera terus berpaling ke belakang dan secara tidak sengaja dia telah terlanggar seorang lelaki dan telah menyebabkan beg yang berat itu telah terhempap  di atas kaki lelaki kaki tersebut.

“Ouch!”, lelaki itu menjerit terus menunduk untuk melihat keadaan kakinya. Miera sudah menggetap bibir. “Sorry, saya tak tersengaja. Saya tak perasan awak belakang saya tadi.” Lelaki itu bangun dan terus memandang Miera dengan muka bengisnya. Miera terpana sebentar dengan raut wajah lelaki tersebut  mampu mengusik hati wanitanya, walaupun tidaklah seputih mana tetapi masih nampak kemerahan akibat menahan kesakitan yang dialaminya. Miera sedar yang beg trolinya tersangatlah berat.

“ Sorry je awak cakap? Awak ingat dengan sorry awak tu boleh hilang ke sakit saya ni?? Hah!?”. Soalnya dengan muka yang menjengkelkan. Miera tersedar kembali daripada khayalan yang direkanya sendiri tadi. “ Habis tu, awak nak suruh saya  buat apa? Dah memang saya tak perasan awak belakang saya, saya bukannya ada mata kat belakang. Lainlah kalau kot- kot awak ni makhluk asing boleh ada mata kat belakang pulak”,jawabnya dengan selamba. Berdesing telinga lelaki itu apabila mendengar jawapan Miera. ‘ Kita marah dia, dia marah kita balik, boleh tahan minah ni’ getusnya dalam hati. Lelaki itu tersenyum sinis, “ Kalau awak tolong lapkan kasut saya ni ke tiup ke, tak pe jugak. Tengoklah habis berdebu kasut saya buat dek di beg roda awak yang berdebu itu”. Miera sudah menjegilkan matanya, “ Apa awak cakap!? Lapkan kasut awak!? Kasut tak sedang mana, kasut yang macam tu buat kucing saya tadah kencing je tau tak!”. Tanpa berlengah terus Miera beredar sambil itu sempat lagi dia menguis debu pasir di jalanan ke kasut lelaki tersebut. Puas hatinya. Lelaki itu terperanjat dengan jawapan dan tindakan yang dilakukan oleh perempuan tersebut, belum sempat dia hendak membalasnya. Perempuan itu telah pun meninggalkannya. “Bikin sial ini perempuan!” , dia mengomel sendirian.

Setelah perempuan itu hilang dari pandangan, perhatian dia kembali kepada keadaan sekeliling. Dia melihat perkarangan stesen sudah semakin sesak dengan orang. Masing- masing sibuk menarik beg sambil itu sempat lagi dia teringat kembali peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi. ‘Macam mana lah boleh jumpa dengan dia, tak sangka dia perempuan macam itu sekali, mulut tak boleh tahan. Sesekali nak juga kena sumbat dengan kasut aku ni. Hehehe’ dia bermonolog. Dia mengerling di jam tangan dan baru teringat yang dia belum lagi menunaikan solat Maghrib. Tanpa berlengah terus dia menuju ke surau untuk menunaikan kewajipannya kepada Yang Maha Esa.
**********************************
Jam sudah menunjukkan pukul 8.30. Miera sudah bersiap sedia untuk menaiki bas. Tidak lama kemudian pengumuman pun dibuat memberitahu yang bas Transnasional yang menuju ke Kuantan pada pukul 8.30 malam telah pun tiba. Miera bergegas ke arah bas tersebut dengan tujuan dapat merebut ruang isi bagasi . Kebiasaan musim cuti semester ini agak sukar untuk mendapat ruang untuk mengisi beg di ruang mengisi bagasi di bahagian bawah itu. Akhir-akhir terpaksa mengangkut beg ke ruang atas dan menyempitkan tempat duduk . Oleh itu, Miera cepat- cepat menghulurkan beg trolinya kepada orang yang menjaga ruang mengisi beg. Beg dia pun selamat diletak dan dia terus masuk ke dalam perut bas dan mengambil tempat duduknya di tepi tingkap mengikut di nombor yang tertera di tiketnya.

Miera memasang mp3 kesayangan yang berwarna pink sambil membuka majalah. Ketika dia sedang leka mambaca majalah, tiba- tiba dia terasa bahunya dicuit dan terdengar suara garau menegurnya, “ Hai, seorang je?”. Miera cuba tidak mengendah suara itu dan meneruskan pembacaannya. Gatal! getus hatinya. “Nak balik mana? Baca majalah apa tu?” suara itu terus lagi mengganggunya. Kali ini Miera menguatkan volume mp3nya supaya tidak kedengaran lagi suara yang annoying itu. “Awak ini pekak ke apa? Saya tanya, sepatah pun tak jawab”, lelaki itu sudah mula bengang. Kali ini Miera menjawab, “Suka hati saya la nak jawab ke tak nak, yang awak sibuk apasal”. “Tak pekak, tak bisu rupanya. Ingatkan duduk sebelah OKU dah tadi”, lelaki itu ketawa kecil. Miera mula bengang. Rupanya sepanjang adegan tadi ada orang memerhati. Sebelum sempat Miera naik berang nak menjawab, ada orang mencelah. “ Maaf ek, saya rasa encik ini telah duduk tempat saya, tempat saya 17C dan saya rasa tiket encik 17B. Cuba encik check balik tiket encik. Sebab tempat yang encik duduk ini 17C”. Lelaki cepat- cepat mengeluarkan tiketnya di dalam kocek seluarnya dan memang betul dia sudah tersalah tempat. Cepat- cepat dia bangun untuk mengambil tempat duduk yang sepatutnya. Sebelum sempat dia berpindah dia disound, “lagi pun saya ‘abang’ kepada perempuan kat sebelah itu”, walaupun perlahan namun tegas bunyinya. Berubah air muka lelaki tersebut dan cepat- cepat beredar dari situ. Miera berasa lega kerana lelaki gatal itu telah pun beredar.

Lelaki yang menegur tersebut terus mengambil tempat disebelah Miera. Alangkah terperanjatnya Miera bahawa lelaki disebelahnya sekarang ini adalah lelaki yang kena hempap dengan begnya tadi. Haish! Macam mana mamat ini boleh sama bas dengan aku pulak ini. Sebelah aku pulak tu, omelnya dalam hati. Miera berpaling ke arah lelaki tersebut dan tersenyum sumbing dengan niat hati nak ucap terima kasih tetapi saat pandangan mereka bertaut, tiba- tiba Miera terasa debaran di hatinya menyebabkan dia tidak mampu untuk mengucapkan terima kasih. Cepat- cepat Miera berpaling ke tingkap. Lelaki itu tersenyum.
“Nak ucap terima kasih ke?”, tiba- tiba lelaki itu bersuara. Hish! Macam tau je aku nak ucap terima kasih, omelnya dalam hati. “Tak delah, tak de maknanya nak ucap terima kasih kat orang macam awak. Lagipun tadi bukan hal besar pun”, jawab Miera dengan sinisnya. Lelaki itu hanya mampu tersenyum. Miera pun malas nak meneruskan perbualan lagi.
********************************
Kesunyian menyelubungi mereka berdua. Hanya bunyi deruan bas yang kedengaran. Ramai penumpang lain yang telah pun tidur. Miera masih lagi tidak dapat melelapkan mata. Dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap dan mendapati hanya sebuah permandangan yang gelap. Bukan boleh nampak apa pun dalam gelap, omelnya dalam hati. Tiba- tiba terimbau kembali perbualan dia dengan maknya di kampung seminggu yang lepas.
“Assalamualaikum, mak. Mak sihat?”
“Waalaikumussalam, Miera. Alhamdulillah, mak sihat. Miera pulak macam mana? Bila Miera nak balik sini? Berapa lama cuti?”
“Banyak betul soalan mak ni. Miera macam biasa la sihat. Balik? InsyaAllah dalam seminggu lagi Miera baliklah. Cuti lama mak kali ini dalam 3 bulan lebih”
“Owh baguslah macam tu. Sempatlah kita buat kenduri semua”
Miera terpinga- pinga, “Kenduri apa mak?”
“Kenduri kamu lah.Hujung bulan ini.Mak dah sediakan semuanya.Tunggu kamu je pulang. Majlis bertunang sekaligus dengan majlis akad nikah kamu.” Jawab mak dengan selamba.
Berubah air muka Miera. Serta- merta mengalir air hangat di pipiku tanpa sempat diseka.  “Mak….sampai ..hati..mak tak berbincang dengan Miera dulu….Sampai hati mak membelakangkan Miera.” Teresak-esak Miera bersuara. “Mak..ini soal masa depan Miera mak….Kenapa mak buat Miera macam ini?? Kenapa?!!! “ soalku separuh menjerit. Nasib baik tiada sesiapa di dalam bilik.
“Mak buat semua ini demi masa depan juga. Mak harap pilihan mak ini pilihan yang tepat. Mak dah pernah jumpa dia, orangnya baik dan soleh dan mak mengenali ahli keluarganya. Mereka merupakan daripada keluarga yang baik- baik. Mak yakin yang pilihan mak ini boleh membawa kebahagiaan Miera di dunia dan di akhirat” jawab mak dengan lancar. “Tetapi mak, kenapa perlu secepat ini? Kenapa tak tunggu Miera tamatkan belajar dulu? Miera tinggal masa setahun je lagi untuk habis…Mak…Miera tak boleh terima cadangan mak”. Suara Miera separuh merintih. “ Miera tak boleh, tak boleh, tak boleh mak terima cadangan mak ini. Miera belum bersedia untuk melangkah ke dunia rumah tangga. Miera belum bersedia untuk menjadi seorang isteri.” Rayu Miera lagi.
“ Mak tidak kira. Mak dah tetap dengan keputusan mak dan tidak sesekali akan berganjak daripada keputusan mak ini.Mak dah pun terima pinangan daripada pihak sebelah sana. Mak tetap juga nak langsungkan perkahwinan kamu!” Suara mak sudah meninggi. “Mak ingin melihat kamu bersanding sebelum mak menutup mata untuk selama- selamanya. Itu sahaja hajat mak buat kali terakhir. Mak minta tolonglah Miera laksanakan” suara mak sudah semakin perlahan. Miera sudah bungkam. Miera sudah kehilangan kata- kata. Semakin laju air matanya mengalir, “mak…..jangan cakap macam tu..Miera tak nak dengar mak cakap macam itu”. Miera terdiam seketika. Miera meneruskan kata- kata, “ Baiklah, Miera setuju dengan cadangan mak”.Miera sudah tidak mampu untuk berkata-kata.
“Baguslah kalau macam itu. Mak harap majlis ini nanti boleh berlangsung dengan lancar dan mak sentiasa mendoakan kebahagiaan Miera. Mak tidak akan sesekali menghancurkan hidup anak mak”. Jawab mak dengan tenang.
 “ Ehm, ok lah mak kredit Miera nak habis ini. Nanti kita sambung berbual lagi. Assalamualaikum”, bohong Miera. “ Waalaikumussalam”.
Tanpa sedari air matanya telah mengalir dan hentakan bas melalui jalan yang berlubang itu menyebabkan Miera kembali ke alam realiti dimana dia masih lagi di dalam bas. Apabila menyedari pipinya telah basah, cepat- cepat dia mengesat  mata dan pipinya menggunakan hujung pergelangan bajunya. Tiba- tiba ada seseorang menghulurkan sapu tangan disebelahnya.Tanpa berfikir terus dia mengambil dan mengelap matanya. Seterusnya ada pula huluran air botol dari sebelahnya manakala kali ini Miera menolak.
 “Izham, Shahrul Izham” tiba- tiba lelaki sebelahnya bersuara sambil menghulurkan tangan.  “Miera, Miera Diyana” sambutku tetapi membiarkan sahaja tangannya tidak bersambut. Izham pun menarik balik tangannya.
“Balik Kuantan ke?” Izham memulakan perbualan. Miera sekadar mengangguk. “Kuantan, dekat mana?” sambungnya lagi. “Sungai Isap”, jawabku sepatah. “Nanti turun kat terminal ke kat tepi jalan?”tanyanya lagi. “Dekat terminal. Nanti parent datang ambil”.Sepi kembali.
Sorry…I mean sorry pasal kat stesen tadi. Saya tak bermaksud pun apa yang cakapkan tadi” Izham menyusun kata- kata.
“Ehm..it’s okay. It’s nothing to worry about. Just small matters. I also wanna say sorry to you”, balas Miera dengan senyuman di bibir nipisnya.
Terpaku sebentar Izham melihat senyuman itu. Mereka meneruskan perbualan sambil bergelak ketawa perlahan supaya tidak mengejutkan penumpang lain. Tiba- tiba telefon Miera berdering menandakan ada panggilan masuk. Perkataan  ‘Adik Yaya’ tertera di telefon bimbitnya. Miera sudah tidak sedap hati.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam, kak. Ini Yaya. Akak kat mana tu?”
“ Akak dalam bas. On the way balik. Kenapa Yaya?” soal Miera cemas.
“Akak cepat balik. Mak pengsan malam tadi kat dapur. Mak kena hypertension. Kitorang semua ada dekat hospital. Nanti kalau akak sampai Kuantan akak terus straight ke hospital.” Beritahu Yaya. Berderau darah Miera apabila mendengar berita tersebut. Air jernih sudah mula mengalir di pipinya.
“Baiklah. Nanti akak terus ke hospital bila akak sampai nanti. Yaya jaga mak elok-elok ek”, pesan Miera.
“InsyaAllah kak. Akak pun jaga diri, Assalamualaikum”. “Waalaikumussalam”.
Air mata terus- terusan mengalir tanpa disuruh. Tersedu- sedan Miera menangis. Izham memandang simpati. Sememang kalau boleh ingin sahaja dia menarik Miera ke dalam pelukannya. Tapi dia masih lagi waras. Miera masih lagi dalam tangisannya. Izham tanpa sedar sudah pun memeluk bahu Miera untuk menenangkannya. Miera tidak pula menepis malahan berasa lega  dengan keadaan begitu.
 Setelah tangisannya reda. Izham menghulurkan air botolnya dan Miera terus menyambut. Miera memulangkan semula setelah selesai minum, “ thanks”. Miera tersenyum hambar. Izham menyambut  botol sambil membalas senyuman.
********************************
Sampai sahaja Kuantan terus Miera mengambil teksi ke hospital menempatkan maknya itu. Sesampai di hospital terlihat maknya terbaring di atas katil. Miera mendekati maknya.
“Mak, Miera dah sampai”.
“Miera dah sampai. Baguslah. Lega hati mak tengok Miera depan mata mak.” Tenang mak berkata.
“Miera baru je sampai, tengok beg pun tak sempat hantar ke rumah lagi”. Kata Miera sambil menunjukkan bagasi nya.
“Miera…mak nak cakap sesuatu. Mak ingat mak nak cepatkan tarikh nikah kamu. Dua minggu depan kamu akan diijab kabul. Harap Miera tak ada masalah.” Mak mengutarakan hasratnya. Miera hanya menggeleng. “Mak, mak tak payah risau la pasal Miera. Miera tak ada masalah pun. Miera dah redha dengan ketentuanNya. Mak sibuk sangat dengan majlis Miera, tengok kan mak sampai tumbang- tumbang mak dibuatnya”, seloroh Miera cuba untuk memulihkan keadaan.
*************************
Masa berlalu dengan pantas. Hari ini genap dua minggu Miera berada di rumah. Orang semua sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya. Miera memerhatikan dirinya di cermin yang sudah tersarung pakaian pengantin. Sebentar lagi rombongan pengantin lelaki akan tiba. Dengan penuh debaran Miera menunggu. Miera memanjatkan doanya agar semuanya selamat. Tiba- tiba Yaya masuk ke dalam bilik.
“Cantik akak hari ini. Makin berseri-seri Yaya tengok. Bagai bulan dipagar bintang” puji Yaya dengan selorohnya.
Over betul Yaya ini puji akak. Tak ada sampai macam tu sekali. Memang akak cantik, dah akak pengantin mestilah lebih cantik daripada orang lain. Kalau tak, tak lah nama pengantin,” gurau Miera. Yaya sudah pun ketawa.

Sedang dia bergurau senda dengan Miera, rombongan lelaki pun sampai. Debaran hati Miera semakin kuat. Jantung Miera berdegup semakin kencang. Miera menanti dengan penuh sabar di dalam bilik. Tidak pernah sekali pun dia melihat bakal suaminya. Wakil walinya sudah pun masuk ke bilik untuk minta tandatangannya. Tanpa memandang terus Miera menandatangan. Tidak lama kemudian, kedengaran sah akad nikah yang telah diucapkan oleh seorang yang telah pun menjadi suaminya. Serentak dengan itu, air mata hangat itu mengalir tanpa diseka. Air mata yang tak dapat ditafsirkan.

Tidak lama selepas itu, pengantin lelaki masuk ke dalam bilik untuk upacara pembatalan air sembahyang dan berada dihadapan Miera. Miera masih lagi tidak mengangkat wajah. Pengantin lelaki itu menyarungkan cincin ke jari manis Miera lantas Miera pun menyalam dan mencium tangan lelaki tersebut sebagai tanggungjawabnya terhadap suami. Sebaik sahaja Miera mengangkat muka. Alangkah terperanjatnya bahawa lelaki yang dinikahinya adalah Shahrul Izham! Ya Allah! Adakah ini takdir telah menemukan kami?
Izham sudah tersenyum terus mencium dahi Miera dengan penuh kasih sayang. Semua bertepuk tangan dengan gembira melihat kedua pasangan tersebut. Mak yang berada di sisi Miera telah pun mengalir air mata kegembiraan. Alhamdulillah segalanya selamat. Majlis berjalan dengan lancar.
******************************
Malam itu ketika Miera selesai menunaikan solat Isyak, Izham masuk ke dalam bilik. Jam sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi. Miera pun bersiap- siap untuk tidur. Miera sekadar memakai baju tidur berwarna merah jambu dan melepaskan rambut paras bahu itu. Cantik, desis Izham dalam hati. Izham mendekati Miera.
“Miera” panggil Izham.
“Kenapa Iz?”soal Miera.
“Erm. .boleh tak panggil Iz, abang?”. Miera sekadar tersenyum. “Baiklah, abang.”Miera akur.
“Abang nak air ke?” soal Miera. “Tak pa lah, abang tak nak air. Abang nak…” belum sempat Izham menghabiskan ayatnya. Miera menyampuk, “ Abang nak apa?”.
“Abang nak sayang, boleh?” Izham sudah tersengih nakal.
Berubah muka Miera. Dia kehilangan kata- kata. Sebenarnya dia malu nak berhadapan dengan Izham sebagai suaminya. Dia bertanya kembali “ Nak apa abang?”. Sekadar menguji keberanian suaminya.
“Nak sayang lah.” Serentak itu Izham menarik Miera ke dalam pelukannya. Hampir separuh menjerit Miera dibuatnya. “Shh!!  Jangan menjerit nanti orang lain bangun”, bisik Izham betul- betul di telingaku. Izham begitu rapat denganku sehinggakan dapat merasakan kehangatan nafas Izham di telingaku.
“Jahat tau. Abang buat Miera macam ini. Suka hati je peluk-peluk orang”, sahaja Miera marah manja. “Alah, abang peluk bini abang juga. Bukannya orang lain.”jawab Izham sambil mencuit pipi gebu isterinya.
“Miera malu tau, abang buat Miera macam ini”, pipi Miera dah pun merah. “Eleh, hari tu dalam bas abang nak peluk Miera macam ini tak da pula Miera nak malu- malu”, ejek Izham.
Hampir terbeliak biji mata Miera apabila mendengar kenyataan itu. Miera merenggangkan sedikit pelukan Izham. “Oh, hari itu abang nak peluk Miera macam ini la ek? Kalau abang peluk Miera macam ini masa hari itu. Mahu lebam biji mata abang itu” katanya sambil mengenggam penumbuk di depan Izham.
“Alah, abang masih waras lagi lah masa itu. Takkanlah nak peluk anak dara orang tengah- tengah orang macam itu. Gila apa! Tapi kalau peluk sekarang takpalah kan”, terus dia menarik Miera ke dalam pelukannya. Miera tidak pula menolak malahan berasa selesa di dalam dakapan lelaki tersebut.
“Abang, nak tanya boleh?”soal Miera tiba- tiba.
“Apa dia, sayang?”, jawab Izham. “ Nak tanya macam mana abang dah boleh jatuh cinta dengan Miera, padahal ini baru kali pertama kita berjumpa?” ragu Miera.
“ Kali kedua, sayang. Tak ingat ke kita dah jumpa kat stesen bas hari itu” duga Izham. Miera mengangguk. “Lagipun sebelum kita berjumpa dekat stesen bas itu, abang dah kenal Miera sebenarnya. Mak yang kenalkan. Mak yang tunjukkan gambar. Masa kali pertama abang terpandang wajah Miera, hati abang dah pun terpaut. Mungkin ini yang dikatakan jodoh. Masa dekat stesen hari itu, abang ada reunion kat Kuantan. Biasanya abang bawa kereta kalau pergi mana- mana. Entah kenapa masa itu abang malas nak bawa kereta dan tergerak hati nak naik bas. Alang- alang terjumpa pula dengan sayang.Takdir telah menemukan kita berdua.Alik- alik tak pasal- pasal perang kecil sekejap dengan sayang. Boleh tahan ek garang sayang abang ni” terangnya panjang lebar dan sempat lagi dia mengusik dipengakhiran itu.
Miera melopong mendengar penerangan suaminya itu. “Ala, memanglah kena garang dah ada orang itu cari pasal dengan kita. Kasut punya hal pun nak kecoh”. Miera mencebik. Izham tersenyum sambil membelai rambut isterinya.
“Hah! Sayang pulak macam mana boleh tiba- tiba sayang kat abang ini?”soal pula suaminya. “Masa kita diijab kabul tadi”, jawab Miera ringkas. Izham terpinga- pinga, “ Betul ini?”.
Miera sudah pun meletakkan jarinya dibibir suaminya. Supaya tidak meneruskan kata-kata. “Abang tak perlu ragu-ragu dengan Miera. Miera sayang abang di saat abang sah menjadi suami Miera dan Miera takkan sesekali berpaling dari cinta abang. Takdir juga telah menemukan kita sebelum ini dan menguatkan lagi cinta Miera pada abang.”
Izham tersenyum mendengar jawapan Miera. Alangkah bahagianya dia kerana dikurnia isteri seperti Miera. Mereka berdua hanyut dalam bahtera cinta dan memanjat kesyukuran kepada Allah kerana telah menemukan mereka berdua.

*TAMAT*
p/s: harap enjoy baca karya saya ini dah sudi memberi komen supaya lebih banyak boleh saya perbaiki. Sekian terima kasih.






Aku Dalam Dilema Dunia Pekerjaan

Assalamualaikum

Aku dalam dilema...
Aku dalam dilema..
Aku dalam dilema...
Aku dalam dilema...

Dah cukup!!
Macam orang gila dibuatnya.
Tak gila cuma tertekan sikit je.
Aku sekarang ini dalam dilema, nak tahu kenapa?apa? bagaimana?siapa? di mana?

Hambik kau habih sume ko aplikasikan 5W 1H..Korang masih ingat lagi tak 5W 1H iaitu salah satu teknik digunakan untuk menulis karangan yang baik 5W 1H yang merupakan singkatan bagi "WHO,WHY,WHEN, WHERE,WHAT and HOW". Kesemua ayat tanya ini digunakan untuk menghasilkan sebuah karangan yang menarik.

Aish! sempat lagi menyimpang tajuk lain. Objektif sebenar nak cerita masalah dilema...dia duk cerita pasal tips- tips membuat karangan pulak..hehe..iklan jap.

Aku sekarang dilema sama ada nak keje di KFC atau pun di TF aka tempat keje lama aku.
Semenjak bermulanya cuti semester ini, aku bermula la nak menghidu-hidu  mencari- cari keje2 kosong.. tetapi tup2 pasaraya TF aka tempat keje lama aku panggil aku. tetapi aku tak bagi kata putus lagi. Aku ingat nak mencuba keje lain pulak selain menjadi cashier.
Aku mintak keje di Klinik tetapi mereka memerlukan pekerja tetap..Aku ni kerja sementara je. Aku pergi tadika, nursery dan lain2 sume nak keje tetap.

Last2 saje2 la pegi apply kat KFC, saja mencuba nasib, kebiasaan kalau keje dekat fast food susah dapat. Kalau ada cable baru senang dapat. Jadi saja la gatal mulut ini tanya keje kosong. Ingatkan kena isi borang dulu lepas tu terus balik, rupa-rupanya terus interview on the spot. Lepas interview pulak, terus dapat keje.
Terperanjat sekejap depan manager tu..huhu

Tapi yang menjadi dilema sekarang sama ada nak keje di TF atau pun KFC sebab...
i) keje di TF lebih ringan berbanding di KFC memandang saya ada masalah tulang belakang
ii) kalau keje di KFC, keje weekday..at least weekend bleh rehat..tapi kalau di TF bleh kata hari- hari..susah dapat cuti.
iii) keje di KFC keje shift, mula2 memang kena shift malam dulu masuk 7 pm- 3am. bagi aku yang kaki tidur ni takut bermasalah sikit dan kalau shift tak tetap susah nak arrange jadual. kalau di TF masuk 9am- 10pm dan memang tetap

antara banyak- banyak prob kata atas itu, probs yang tak boleh dipertimbangkan adalah prob no '(i)'. Aku tahu kalau permulaan keje di KFC mesti banyak buat keje2 berat seperti mengemop lantai, mengangkat barang berat, dll keje2 berat la. Kalau ikutkan memang aku no prob, tetapi memandang aku sekarang ada masalah tulang belakang yang menyebabkan doktor melarang menyertai mana2 aktiviti lasak.
Dan disebabkan itu juga, banyak kem2 yang dapat aku ikuti atas nasihat doktor..hukhukhuk cedey...

sekarang aku dalam dilema..nak keje KFC or TF..or tak keje langsung...

Korang pernah dilema?? ce citer ce citer??

Monday, May 16, 2011

Guru Oh Guru

Assalamualaikum

Entri yang bakal saya tulis hari ini adalah berkaitan dengan 'Guru'
nak tahu kenapa?? (woit! semua orang pun tahu la ko nak tulis sebab)
Saya tak kira orang nak kata apa. Inikan blog saya.
Sebab saya nak tulis pasal guru adalah disebabkan hari ini merupakan hari yang paling bersejarah buat semua guru- guru di Malaysia iaitu "HARI GURU"

Oleh itu saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru- guru dan juga bakal guru di seluruh Malaysia. Moga- moga dengan sikap ketabahan dan kecekalan anda sepanjang mendidik anak bangsa kita akan sentiasa dihargai.

Cewah!! berpatriotik nampak..( sekali- sekala..hehe)

Berkenaan dengan entri ini.. kalau saya nak cerita berkenaan semua guru- guru saya rasa samapi esok pagi pun tak abih. Memang banyak sangat story saya dengan cikgu saya... al maklum la saya ni kan budak nakal. Mestila banyak bawak masalah dekat bekas guru saya

Tak pelah di sini ingin saya ingin kongsikan lirik lagu

"Guru Malaysia"
Lagu ini memang wajib dinyanyikan oleh semua para guru pabila hari guru. Memang tiap- tiap tahun saya akan mendengar guru menyanyikan lagu ini..
tapi tak tahu la sekarang camna..still nyanyi ke tak ek??



Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Saya ucapkan SELAMAT HARI GURU!!!!

Tuesday, May 10, 2011

Saksikan Akasia di TV3-Nora Elena

Assalamualaikum

Hah!! nak bagitahu korang semua yang di TV3 sekarang ni tengah tayangkan drama baru yang menggantikan drama ' Cinta Antara Kita'....Drama terbaru ialah drama ' Nora Elena'...Cerita sangat best!!!!
Korang nak tahu sebab apa best??
Sebab cerita ini diadaptasi dari sebuah novel yang bertajuk ' Kasih Yang Suci' karya Meen Zulaikha


Kebiasaannya kalau cerita- cerita yang diadaptasi dari novel ni memang best..Cube kite tengok drama ' Trilogi Cinta' diadaptasi dari novel ' Tak Seindah Impian' karya Sharifah Abu Salem..Best kan citer tue??

Hah! berbalik pada drama Nora Elena tadi...semalam baru ditayangkan episod 1 so, korang masih tak terlambat lagi nak ikuti siri drama ini. Lakonan Siti Saleha sbg Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Miera Liyana sbg Maria Tan, Erry Putra, Zul Ariffin sbg Eid/ Saiful Idham, Ana Dahlia sbg Azira dan Shah Iskandar sbg Malik.
Bagi sape2 yang dah pernah baca novel ' Kasih Yang Suci' karya Meen Zulaikha ni mesti korang dapat agak dah jalan cerita dalam drama ni..


Di sini sedikit sinopsis di belakang novel itu...


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Pasti banyak adegan menarik dalam drama tersebut..Tak sabar nak menanti episod seterusnya
Selamat Menonton!!!

Saturday, May 7, 2011

Ko tengok!! Kan dah sedih...

Assalamualaikum..

Hari ni saje- saje je nak update blog..dah agak lama daha tak update blog ni..maklumla busy dengan kehidupan menghadapi final exam. Final exam telah pun tamat dah aku pun dah selamta berada di rumah sejak dua hari yang lalu. Pabila sampai saja di rumah hilang semua rasa gundah gulana di jiwa.

Aku bertekad cuti sem ni aku nak rehatkan minda..Minda aku dah terlalu penat nak menghadapi hari- hari yang terlalu busy..-_-..

tapi sebelum aku pulang ke rumah..aku sangat la sedih sebab paper terakhir aku...iaitu Mathematics of Radiation Science..Aku tak sangka soalan dia sesusah itu..aku buat soalan- soalan past year tak de la susah mane..tibe2 pada hari exam tu..Ya Allah hanya tuhan je taw...betapa senaknya kepala otak aku nak buat soalan tu..dah la kekurangan masa...huh..itu lah dugaan..tak semua di dunia ni mudah dan tak semua di dunia ni susah..betul tak??


Bila keluar je dari dewan exam tu..hati pun dah lega sebab dah selesai semua paper aku untuk semester 2 2010/2011 ini. Tetapi tiba2 je prof aku datang die pegi tunjuk skema jawapan yang dia buat sepanjang kitorang tengah exam tadi...(Yang aku ni satu hal...yang pergi tengok tu buat apa..)
Tiba2 aku terpandang dekat salah satu skema tu. Aku pun berfikir, " ada keluar ke soalan ni tadi??"...pahtu budak- budak ni semua duk berbincang pasal soalan yang aku musykil tu. Rupa- rupanya baru aku perasan yang aku tak buat soalan tu sebab aku tak perasan langsung kewujudan soalan..

Wargh!!! sangat sedih. kecewa dan terkilan..Dan di situ jugak air mata aku melimpah dari tubir mata dan mengalir hangat di pipi ku...( keluar dah ayat novel die tu..hehe) ...Betapa sedihnya...Tapi nak buat macam mane, andai kata menangis air mata darah sekali pun, bukan dapat bagi jawapan pun. Anggap la soalan tu tak de rezeki nak berjumpa dengan aku..huhu

Di sini pengajaran : jangan lah berbincang soalan exam pabila keluar dari dewan. Biarlah result akhir yang menentu kan segala nya...( tak sabar result full keluar 6 Jun ni)..

Tada...

Sunday, May 1, 2011

Hidup aku Di atas Roda..macam mana tue???

Assalamualaikum

Now tinggal 4 hari lagi 'gap' nak jawab paper last iaitu GTX 102 yang merupakan kod paper ' Mathematic for MEdical Radiation'..Hah betapa terseksanya jiwa dan raga untuk menghadapi hari- hari terakhir bagi semester 2 aku berada di USMKK tercinta ni.

Ok berbalik pada tajuk entri kita hari ni...
Korang rata- rata mesti pernah dengar kan ungkapan ini : "Hidup Kita ini Ibarat Roda"
Aku confirm la rata- rata mesti pernah dengar la at least once...

Ya, memang aku akui ungkapan tersebut...Hidup kita ini ibarat roda.. kadang- kadang kita berada di atas, tapi kena ingat bahawa tak selamanya kita hidup menongkat langit. Ada masa hidup kita mungkin berada di bawah, dan pada masa itulah hidup kita diuji dengan pelbagai dugaan. Dan pada masa itulah kita seharusnya mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri kita pada Yang Maha Esa.

Ambil iktibar di atas setiap perkara yang berlaku. Aku mengambil contoh atas apa yang dah berlaku dalam kehidupan aku sendiri.
 Pada masa aku kecil dulu( cuba tengok gambar kat kecik tu..tomey kan??)..(a'ah memang tomey pun)..haha puji diri sendiri..
hah masa aku kecil dulu, memang hidup aku mewah...siap ada orang gaji lagi...cuma drebar je yang tak de masa tu..memang semua yang aku nak semua aku dapat..seriusly memang hidup senang masa itu..maklumla tengah berada di atas...Bila umur aku meningkat, family aku dilanda masalah kewangan akibat masalah ekonomi yang melanda pada tahun 1997... Masa itu hidup kitorang 1 family memang sangat susah..nak beli beras pun kadang- kadang tak mampu. Masa itu lah kita dapat lihat orang sekeliling kita dan dapat menilai dengan sendiri mana yang baik dan buruk....Ibu ngan ayah aku la yang paling banyak menghadapi dugaan ketika itu. Tapi aku tabik spring pada mereka, kerana mereka masih tabah mengharungi hidup yang penuh liku- liku ini. Masa mengubat semuanya, dan sekarang ni Alhamdulillah aku dapat anggarkan yang kehidupan kitorang berada di tengah- tengah roda..nak kata senang sangat pun tak, nak kata susah sangat pun tak..Hidup secara bersederhana.

Itulah sedikit sebanyak tentang kehidupan aku. Pelbagai dugaan dan rintangan semakin mematangkan aku.. Harap korang semua dapat iktibar dari kisah aku dan kisah korang sendiri...
Harap korang dapat kongsi serba sedikit kisah hidup korang dengan aku..
 that's all..Luv u'all