CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Tuesday, May 10, 2011

Saksikan Akasia di TV3-Nora Elena

Assalamualaikum

Hah!! nak bagitahu korang semua yang di TV3 sekarang ni tengah tayangkan drama baru yang menggantikan drama ' Cinta Antara Kita'....Drama terbaru ialah drama ' Nora Elena'...Cerita sangat best!!!!
Korang nak tahu sebab apa best??
Sebab cerita ini diadaptasi dari sebuah novel yang bertajuk ' Kasih Yang Suci' karya Meen Zulaikha


Kebiasaannya kalau cerita- cerita yang diadaptasi dari novel ni memang best..Cube kite tengok drama ' Trilogi Cinta' diadaptasi dari novel ' Tak Seindah Impian' karya Sharifah Abu Salem..Best kan citer tue??

Hah! berbalik pada drama Nora Elena tadi...semalam baru ditayangkan episod 1 so, korang masih tak terlambat lagi nak ikuti siri drama ini. Lakonan Siti Saleha sbg Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Miera Liyana sbg Maria Tan, Erry Putra, Zul Ariffin sbg Eid/ Saiful Idham, Ana Dahlia sbg Azira dan Shah Iskandar sbg Malik.
Bagi sape2 yang dah pernah baca novel ' Kasih Yang Suci' karya Meen Zulaikha ni mesti korang dapat agak dah jalan cerita dalam drama ni..


Di sini sedikit sinopsis di belakang novel itu...


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Pasti banyak adegan menarik dalam drama tersebut..Tak sabar nak menanti episod seterusnya
Selamat Menonton!!!

No comments:

Post a Comment