
Entri kali ini nak cerita sikit pasal diri saya...Saja nak kongsi2 citer kan??
Lagi pun nama blog ni pun "Cerite Untuk Kite2 Jer". Of course di sini tempat kite berkongsi cerite kan??
Kepada sesiapa yang ingin berkongsi cerite..dialu-alukan ek ( dgn bertujuan untuk berpromo) hehehe..
Nak story sikit. Saya ni dulu memang seorang penggila komik, penggila anime. Saya sangat fanatik dengan komik2 jepun atau lebih dikenali manga, peminat tegar anime sampai sanggup nak jahit cosplay sendiri ( ok yang last ni menipu je)
Tetapi memang serius saya sangat peminat anime dan manga ni, Channel Animax kat astro tu memang jadi channel tetap saya, kedai jual buku komik kat bandar tu, memang saya lah jadi pelanggan tetap, setiap bulan mesti datang nak tengok siri2 baru...tak pun setiap minggu pasti datang nak komik cinta2 jepun..kot2 ada keluaran terbaru.
Saya dulu pernah bercita- cita nak jadi mangaka. Saya pasang niat saya ini dengan member baik saya. Kitorang sama2 melukis komik. Padahal bukan lawa pun, sekarang ni tengok rasa buruknya lukisan. Padahal masa dulu lukis, rasa lukisan itulah yang terbaik. ( perasan !!)
Banyak koleksi komik saya sampai hampir penuh rak2 buku saya. Saya mengumpul komik: Dragon Ball, Ranma 1/2, Anak Sateria, Rave Master dll. Saya juga minat mengumpul komik2 jiwang macam Hot Gimmick ke, n banyak lagi la..( tak ingat tajuk)
ini baru 1/4 daripada koleksi
ini cuma sebahagian koleksi komik2 cinta
itu semua cerita dulu, zaman jahiliyah katakan..haha. Sampaikan kena marah dengan mak sebab dah dekat exam pun still lagi sibuk duk hadap komik, lukis komik dan sebagainya. Bercita-cita nak jadi mangaka..haha
Sekarang ni pula, saya memang seorang penggila novel pulak. Saya tidak pernah berhenti membaca novel. Tiba- tiba boleh bertukar minat pulak. Saya rajin hadir ke perpustakaan, bukan sebab nak pinjam buku rujukan atau apa. Sibuk duk meminjam novel. Pandang ada masa lapang, pasti hadap novel.
Saya juga ada wat koleksi novel saya sendiri. Hampir penuh juga rak2 kat umah ini dengan novel- novel.
Saya membeli novel kebanyakan berdasarkan penulis. Saya sangat meminati penulis seperti: Norhayati Berahim, Aisya Sofea, Damya Hanna, Siti Rosmizah, Anis Ayuni dan ramai lagi la. Kalau saya senarai kat sini alamat berjela- jela lah entri kali ini. Bagi yang peminat -peminat novel kat luar sana tu mesti bersetuju dengan saya kan yang penulis- penulis yang saya senaraikan tu, novel mereka memang best.
Disebabkan minat terhadap novel, saya cuba berjinak- jinak nak menulis jugak. Tapi setakat ni saya cuba tulis cerpen je. Saya ada seorang kawan yang merupakan seorang penulis. Dia telah berjaya melahirkan mengeluarkan sebuah novel sulung nya. Mesti ada yang kenal dengan Orkid Edyliyne yang comel2 tu.
Kepada sesiapa tak tahu sila klik sini
ini antara koleksi (ada banyak lagi)
Itu untuk masa sekarang, akan datang bagaimana pula. Minat saya mudah berubah- ubah. Akan datang Hanya Tuhan Yang Tahu.. Entah- entah duk minat baca buku- buku dokumentaru plak..Nanti mula- lah duk ikut-ikut nak jadi penulis dokumentari plak..Hahaha
antara buku- buku dokumentari
Itu jelah serba sedikit tentang diri saya untuk pengetahuan korang semua..Harap korang semua sudi berkongsi cerite dengan saya pulak berkenaan hobi korang semua.
Selamat Membaca!!!
Kita ada hobi yg sama... dulu sy pun ngumul komik2 camtu, tapi skarang sy mula suka ngumpul action figure & gundam.
ReplyDeleteowh yeke...kite selalu bertukar2 hobi ikut peredaran masa..hehe
ReplyDeleteassalam..sy ad koleksi komik utk letgo..sila klik kt link if berminat,... =] selamat membaca
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/media/set/?set=a.1520070127461.2068005.1405778361&type=3
salam...banyak nye komik....=) nak jual x??saya berminat la nk beli... sebab saya sedang mencari komik rave dan ranma 1/2..nak tolak dengan saya x??? =)
ReplyDeleteAssalamualaikum :)
ReplyDeleteDalam entry ni awak kata awak ada komik hot gimmick . So awak nak jual tak komik hot gimmick tu ? Kalau nak jual , nanti awak email saya ya
nurhanimsuraya@gmail.com
Salam. Sy ada jual Hot Gimmick complete set. Boleh email sy di : helwacouture@gmail.com
Delete