CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Thursday, November 10, 2011

Rahsia disebalik Anda dan Bantal

Assalamualaikum...

tahukah anda, anda mempunyai relationship dengan bantal terutama ketika anda tidur....tapi jangan la duk post kat fb yang "anda in relationship with 'bantal'"..huhuhu
Mari kita singkap serba sedikit rahsia antara hubungan anda dengan bantal -------->
baby ni tamak..tak sepadan dengan bantal..huhu


1)Memeluk Bantal Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsusemata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn orangramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapaicita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

p/s: kepada yang tidur tanpa bantal tu kesiannya lah...g la beli bantal satu kat kedai nuh..bukannya mahal sangat..huhuhu


Lain yang hendak dibuat..lain yang menjadi

Assalamualaikum..

di kala kebosanan yang melanda ni..tiba- tiba datang satu semangat yang berkobar- kobar..
niat di hati, tanamkan azam, tegakkan tiang...(aih..apa yang awak merepek tu??)

hehehe..ok straight to the point---->

Main point sebenarnya: semangat berkobar- berkobar nak siapkan assignment yang dah berlonggok- longgok yang boleh nak jadi ulat gonggok dah pun. cube bayangkan ulat gonggok yang terdiri daripada kepingan kertas yang berlonggok-longgok jadi ap ek?? hm..tak dapat nak bayangkan..mesti pelik giler..huhu

hah..kan dah start merepek tu...balik ke point asal: niat di hati memang ingin menyudahkan assignment..akan tetapi tangan ni tak semena-mena pergi click icon google chrome and laju je taip ..pahtu laju taip username dan masukkan password..tu dia..dah masuk blog la plak..

apabila dah masuk ke kawasan blogger, tiba-tiba semangat baru muncul!! nak repair blog yang usang ni..tengok la blog saya sekarang dah berwajah baru...rasa bangga sampai tergolek-golek..hehehe
memang dah lama pasang niat nak edit blog ni..tetapi masa memang jealous dengan saya ni..huhu

tinggal nak pasang header je..nanti ada masa lain la plak kot..huhu...kalau blog tak de header ibarat macam orang tak de kepala la pulak kan??(~scary...~)

Akhirnya, terbengkalai sudah assignment-assignment yang saya siapkan..InsyaAllah esok mungkin ada masa lagi..(buangkan tabiat bertangguh keje ni)..

Apa-apa pun doakan saya supaya cepat-cepatkan siapkan assignment ek!!




Wednesday, November 2, 2011

2# Wordless Wednesday: 3 Dara Pingitan


Kerana Payung, Badan Binasa

Assalamualaikum,

di petang yang hening ini, dengan cuaca hari ini tersangat la baik sebab cerah sepanjang hari. Boleh dikatakan baru hari ni badan di kena matahari, rasa dah nak naik berkulat dah badan ni sebab tak kena matahari ( hyperbola btul ko ni!)... Tengah memandang keluar tingkap, tiba-tiba teringat 1 peristiwa yang membuatkan saya tersenyum keseorangan...huhu

bila korang sume baca tajuk entry kat atas tu, pasti korang duk pelik, pasai pa plak kerna payung, badan binasa?? padahal bukan ke payung nilah hok selalu melindungi kita sbg pelindung panas, hujan, sebagai senjata pun ada dan macam-macam lagi la kegunaan...Memey~ la..tapi ada peristiwa yang terjadi kan kawan saya, kerana payung, badan binasa.
payung hiasan

Pada satu petang, Ali jalan-jalan tiba2 nampak taik tahi....Tett!!!.salah siaran la plak...
pada satu hari tu, kalau tak silap ari khamis kot, memang khamis tu menjadi black thursday la kat die...member saya ni ada kuliah petang kat bangunan PPSK baru. Bangunan PPSK baru ni agak jauh dengan desa kediaman die, oleh itu disebabkan dah terlewat ke kelas, die meminjam sebuah basikal daripada kawan die. Die ni ada 1 habit, habit die....die tak boleh berenggang dengan payung besar die...ke mana saje die pegi mesti die bawak payung besar die tak kira hujan atau panas..katenya sebagai 'shield'..(ok fine..)
Oleh itu, die pun menunggang basikal bersama payung besar kesayangan die dengan hati yang senang....bak kata malang tidak berbau....entah macam mane, payung besar die tu boleh tersangkut kat celah rim basikal..Disebabkan external force reacts upon pada tayar basikal, basikal itu berhenti secara tiba- tiba dan berlakunya momentum yang besar menyebab terpelantingnya kawan aku ni.. oleh sebab die nak menahan jatuh, die menahan guna tangan die, dan salah teknik maka terpatah la tangannya...Alhamdulillah die tak apa-apa cuma tangan je yang terpatah..(Untunglar~).

Masa saya dengar kisah die ni dari member laen, keras perut menahan gelak..rasa kesian pun ade, rasa lucu pun ade..huhuhu( jgn mare~)

Kejadian ni berlaku sebulan yang lalu, ari ni die dah boleh cabut simen dah kat tangan die...nasib..nasib..
Aduyai~...kalau la die tak bawak payung besar die tu naik basikal sekali, tak la jadi perkara ni..sebab tu kata kerna payung, badan binasa..tapi nak wat dah 'NASIB BADAN'...


p/s : peribahasa sediakan payung sebelum hujan tu dah tak berapa boleh nak pakai dah...hahahaha~