CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Thursday, February 16, 2012

Apa kaitan Jerawat dgn Kesihatan??

Assalamualaikum

hari ni mood agak happy, so jerawat pun kurang..hahaha..sebab apa???
Sebab ari ni result final exam dah dilancarkan (mcm x kena je ayat aku ni)..dan Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya ke bawah duli raja- raja...aish die mula la nak merepek tu.ok FULLSTOP!.

balik kepada tajuk asal..apa kaitan jerawat dengan kesihatan?? ada kaitan ke?
Jawapannya adalah YA, sebab jerawat ini muncul dari dalam badan kita, jika kesihatan kita kurang dijaga, maka lebih banyakla jerawat ini berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan panas..lalala~

reaksi muka ketika memicit jerawat


Antara tempat- tempat yang sering diterjah oleh jerawat iaitu:-(area muka je)

DAHI - Jerawat di dahi ini kemungkinan disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anad mungkin terlampau letih. Oleh itu, amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut yang melampau dan sistem penghadaman anda bermasalah. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi. Oleh itu, berhati-hati ek bagi kaum wanita.

DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyaktoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN - Fungsi paru- paru mungkin tidak normal

PADA BADAN ( BELAKANG DAN DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan diikuti piramid makanan bagi memastikan toksin dapan disingkirkan dengan lebih baik.

sekadar perkongsian, kadang- kadang jerawat juga punca daripada masalah resdung, dan hal ini juga boleh dikaitkan dengan faktor genetik.

Monday, February 13, 2012

Aku benci makan ubat BATUK~!!

Assalamualaikum..

suatu malam yang kelam....lagi sunyi..*kreek kreek (bunyi cengkerik)....
tiba2 terasa sesuatu yang seakan meremang bulu roma..perasan perit menjelma di saat ku cuba menelan air liur....ku seakan-akan sukar untuk bersuara...setelah aku berjaya utk bersuara..suara ku telah bertukar menjadi garau..apakah yang sudah terjadi kpd ku????
* pekk...(kna tempeleng)..

eleh, propaganda lebih la ko ni...cakap je la ko tengah sakit tekak skung...kan senang....wat suspen konon...

*wat muka jerk


ok, betul sume yang kat atas tu cume propaganda semata-mata..intro yang mampu buat anda tidor..ok back to basic...aku skung telah mengalami sakit tekak...al-maklumla musim tak menentu skung..macam2 penyakit la...

sakit tekak sangat menyesakkan lagi menyeksakan...nak bercakap, nak makan, nak minum, nak berkaraoke, nak mengumpat  semuanye terbatas..gara2 sakit tekak punye pasal..bila sakit tekak ni aku pasti, ubatnye hanya antibiotik yang mampu melawan..tak kira la korang kumur 7 hari 7 malam pun confirm tak baikla kalau tak dapat antibiotik dia. gua gerenti *thumbs up

bila dah sakit tekak ni, mula la melarat sampai batuk..ini aku paling benci. antara sebab2 aku tak suka batuk, (ok memang sume orang tak suka sakit) adalah:-
1) batuk boleh menjejaskan percakapan dan pernafasan kita
2) batuk boleh menyebabkan otot abdomen kita tegang, dan otot abdomen menjadi keras
3) batuk boleh mendorong kepada asthma (bagi sesiapa yang menghidap asma spt aku)
4)bila batuk, mesti kena makan UBAT BATUK, ini yang aku paling TAK SUKA sejak kecik lagi
5) byk lagi faktor2 lain, yang lu pikir la sendiri..hehe

dalam banyak2 point kat atas tu, point yang keempat tulah yang paling aku tak suka = kena makan ubat batuk...mungkin sesetengah orang mesti pikir aku ni pelik sebab tak suka ubat batuk...tapi nak buat macam mane itu lah hakikatnya..apabila makan je boleh muntah, itu masa kecik, masa besar ini pun besar kemungkinan boleh muntah jugak..

Di saat ingin menelan ubat batuk, mesti aku berjampi2 dulu ubat supaya aku lebih senang utk telan, ok ini karut. lepas dah jampi2 dulu, aku cuba tutup hidung, sebab kata orang kalau minum sambil tutup hidung, memudahkan kita menelan sesuatu. lepas tutup hidung, cepat2 aku telan ubat batuk, supaya taste bud aku tidak sempat utk sense pada ubat yang lalu atas lidah aku..ok ini kepercayaan aku..(padahal rasa jugak)..bila aku menelan ubat batuk tu, muka aku mesti macam muka jerk, yang aku rasa korang nak lempang2 kalau tengok (lempangla kalau berani, aku kaki2kan kang baru tau)...setelah berjaya telan, saat penyeksaan aku tak berakhir di situ saja, aku trpaksa menunggu selama setengah jam lagi baru boleh minum air. PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN. Ubat batuk ini pula boleh mengganggu perjalanan kehidupan seharian korang sebab ubat ini menyebabkan mengantuk.
AMARAN: ANDA DILARANG UNTUK MEMANDU ATAU MENGENDALIKAN SEBARANG MESIN SELEPAS MEMAKAN UBAT INI.

ok. full stop


p/s : aku tak faham la orang yang boleh ketagih dengan ubat batuk sama macam ketagihnya menghidu gam. apa yang sedap dengan ubat batuk pun tak faham *muka noob

Wednesday, February 8, 2012

Fakta tentang senyum dan ketawa

Assalamualaikum

dah lama x menghupdate blog ni..bg pengikut2 setia saya jangan marah2 ek sbb saya dah lama x update blog..kebelakangan n kedepanan ni kekangan masa untuk mengupdate..
kita mestilah sentiasa senyum dan bergembira ek..amal2kan lagu 'senyum..tak perlu kata apa-apa'
hari ni nak share skit fakta- fakta tentang senyum dan ketawa:B...

1- Kanak-kanak lebih banyak ketawa daripada orang dewasa. Kanak-kanak berumur dari 4 hingga 6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari dalam kalangan orang dewasa.

2- Ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Ini kerana apabila ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat kemudian kedua-dua kadar ini akan menurun lebih rendah daripada sebelum ketawa.

3- Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot muka pabila kita mengerutkan dahi. ( kalau selalu mengerutkan dahi, lagi cepatla kita tua..hahaha)

4- Ketika ketawa, sel pembunuh tumor dan virus akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit) sel T (yang melawan penyakit).

5- Senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna utk saraf otak dan juga hormon- hormon.

6- Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan utk belajar. Ia melegakan ketengangn otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka.

7- Memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup tetapi memberikan kebaikan kepda badan kerana tersenyum turut membuatkan badan 'tersenyum'.

8- Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mngurangkan stress.

9- Senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ia juga mampu merendahkan tekanan darah dan meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otak.

10- Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok dan ulser.

11- ketawa juga dikatakn mampu memperbaiki fungsi usus, sekaligus meningkatkan percernaan dan penyerapan nutrien ke dalam badan.

12- Di Moscow, Rusia ada sekolah yang mengajar untuk "senyum".

Bukan itu sahaja, malah dalam Islam sendiri menyarankan supaya senyum kerana 'SENYUM ITU ADALAH SEDEKAH'..So senyumlah selalu dan ketawa selalu tetapi berpada- pada...selamat beramal!!!
pak cik ni pun mampu ketawa, walaupun x dak gigi..=)