CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Wednesday, February 8, 2012

Fakta tentang senyum dan ketawa

Assalamualaikum

dah lama x menghupdate blog ni..bg pengikut2 setia saya jangan marah2 ek sbb saya dah lama x update blog..kebelakangan n kedepanan ni kekangan masa untuk mengupdate..
kita mestilah sentiasa senyum dan bergembira ek..amal2kan lagu 'senyum..tak perlu kata apa-apa'
hari ni nak share skit fakta- fakta tentang senyum dan ketawa:B...

1- Kanak-kanak lebih banyak ketawa daripada orang dewasa. Kanak-kanak berumur dari 4 hingga 6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari dalam kalangan orang dewasa.

2- Ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Ini kerana apabila ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat kemudian kedua-dua kadar ini akan menurun lebih rendah daripada sebelum ketawa.

3- Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot muka pabila kita mengerutkan dahi. ( kalau selalu mengerutkan dahi, lagi cepatla kita tua..hahaha)

4- Ketika ketawa, sel pembunuh tumor dan virus akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit) sel T (yang melawan penyakit).

5- Senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna utk saraf otak dan juga hormon- hormon.

6- Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan utk belajar. Ia melegakan ketengangn otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka.

7- Memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup tetapi memberikan kebaikan kepda badan kerana tersenyum turut membuatkan badan 'tersenyum'.

8- Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mngurangkan stress.

9- Senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ia juga mampu merendahkan tekanan darah dan meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otak.

10- Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok dan ulser.

11- ketawa juga dikatakn mampu memperbaiki fungsi usus, sekaligus meningkatkan percernaan dan penyerapan nutrien ke dalam badan.

12- Di Moscow, Rusia ada sekolah yang mengajar untuk "senyum".

Bukan itu sahaja, malah dalam Islam sendiri menyarankan supaya senyum kerana 'SENYUM ITU ADALAH SEDEKAH'..So senyumlah selalu dan ketawa selalu tetapi berpada- pada...selamat beramal!!!
pak cik ni pun mampu ketawa, walaupun x dak gigi..=)

No comments:

Post a Comment