CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Monday, February 28, 2011

tips tips untuk berjaya dalam temuduga

hari ni saya nak cerite serba sedikit tentang tips- tips untuk berjaya dalam temuduga...

apabila kita semakin meningkat dewasa, kita akan melalui lebih banyak sesi temuduga..tak kira la temuduga ape...temuduga masuk kolej la, temuduga biasiswa la, temuduga kerja la...sekarang ni sume benda mesti nak kena ade temuduga...mana taknye  manusia yang hebat- hebat sekarang ni semakin ramai..sebab itu perlu diadakan sesi temuduga..untuk memilih yang paling terhebat antara yang hebat..Betul tak????


  • 1. Sedikit info tentang Jawatan/Syarikat yang dipohon
Sebelum menghadiri temuduga, anda perlu membuat kajian tentang jawatan yang anda pohon. Antara kegagalan calon ialah tidak tahu skop jawatan yang dipohon. Jika anda memohon kerja di syarikat swasta, jangan lupa buat sedikit kajian tentang syarikat juga supaya anda mendapat gambaran umum tentang syarikat.
Dengan melakukan perkara ini, ia akan meningkatkan kredibiliti anda kepada penemuduga dan membantu anda mencipta soalan-solan yang boleh ditanya kepada penemuduga.
  • 2. Tahu Di Mana Lokasi tempat temuduga
Pastikan anda tahu lokasi tempat temuduga tersebut dan bagaimana anda boleh ke sana. Berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke sana? Adakah anda tahu nombor telefon dan dengan siapa anda akan berjumpa?
Isi paragraf sembunyi
Bagaimana dengan tempat letak kenderaan? Dengan mengetahui perkara ini anda boleh menjimatkan masa anda dan mengelakkan tekanan yang mungkin anda hadapi jika tercari-cari tempat tersebut ketika hari temuduga nanti.
  • 3. Pakaian
Pakaian anda haruslah kemas, menarik dan kelihatan profesional. Walaupun anda tidak begitu arif tentang budaya syarikat, adalah lebih selamat jika anda mengenakan pakaian yang agak konservatif.
Sekiranya ketika anda datang nanti semua orang disitu memakai seluar jeans dan t-shirt sahaja, anda tetap akan nampak lebih baik jika datang dengan pakaian yang kemas. Namun, sekiranya anda sudah tahu tentang budaya syarikat, tidak salah untuk anda berpakaian sedemikian.
Selain itu, pastikan rambut anda disikat dengan kemas dan rapi dan kuku anda dipotong dan dijaga dengan baik.
  • 4. Temuduga Olok-olok
Pastikan anda bersedia dengan soalan-soalan yang biasa ditanya ketika temuduga seperti “What are your strengths and weaknesses?”,

(Apakah kekuatan dan kelemahan anda?), “Why do you want to work here?” (Kenapa anda ingin bekerja di sini), “Why should we hire you?”

(Kenapa kami harus menerima anda bekerja), dan soalan paling popular iaitu “Tell me about yourself” (Beritahu saya tentang diri anda). Buat satu temuduga olok-olok bersama dengan rakan anda untuk bersoal jawab tentang soalan-soalan ini.
  • 5. Dapatkan Rujukan Yang Membantu
Dapatkan sekurang-kurangnya tiga orang rujukan – bekas majikan, rakan sejawat, pensyarah - yang sanggup menjadi rujukan profesional anda. Pastikan anda mendapatkan kebenaran mereka terlebih dahulu. Lebih penting lagi mereka mampu untuk bercakap tentang diri anda jika dihubungi oleh bakal majikan anda nanti.

  • 6. Datang Awal
Pastikan anda datang sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal sebelum sesi temuduga. Sesudah sampai cari mana-mana cermin yang terdapat dalam syarikat tersebut dan lihat penampilan anda terlebih dahulu. Kemudian maklumkan kepada penyambut tetamu tentang kehadiran anda dan beritahunya ada temujanji untuk temuduga. Selain itu, matikan telefon bimbit supaya ia tidak mengganggu ketika pertemuan anda dengan penemuduga nanti.
  • 7. Bawa Dokumen Yang Diperlukan
Buat satu senarai dokumen-dokumen yang diperlukan semasa temuduga. Dokumen ini termasuklah salinan resume anda, kad pengenalan, sijil-sijil yang berkaitan. Kemudian, susun dokumen ini dengan baik. Pastikan susunan salinan fotokopi sama dengan susunan salinan asal. Ini bagi memudahkan penemuduga membuat rujukan.
Jika anda graduan baharu, jangan lupa bawa kesemua transkrip pengajian anda.
  • 8. Jual Diri Anda!
Sesi temuduga ialah peluang untuk anda menyinar. Ia bukan masa untuk merendah diri. Bina satu pernyataan ‘Mengapa anda?’. Anda perlu memasukkan kekuatan-kekuatan anda, kebolehan yang anda miliki dan keunikan anda berbanding calon lain.
  • 9. Bertanyakan Soalan
Penemuduga akan tertarik dengan calon yang menunjukkan mereka mengetahui banyak perkara tentang syarikat. Oleh itu, berdasarkan kajian anda sebelum menghadiri temuduga, sediakan soalan untuk ditanya kepada penemuduga.
Antara soalan yang boleh anda tanya ialah sejauah mana jawatan itu memberi kesan kepada matlamat dan rancangan syarikat di masa hadapan.
  • 10. Tindakan Susulan
Sesudah selesai satu sesi temuduga, perkara penting yang anda perlu anda lakukan ialah menghantar satu email penghargaan atas masa yang diluangkan serta pertimbangan yang mereka lakukan.
Nyatakan juga anda sangat berminat dengan jawatan tersebut serta akan komitmen yang sepenuhnya terhadap jawatan yang ditawarkan. Selepas itu, jika anda masih tidak menerima apa-apa berita daripada penemuduga dalam tempoh seminggu, hubungi mereka semula.
Tanya dengan baik bilakah mereka akan membuat keputusan berkenaan temuduga yang anda hadiri.

Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini memberikan anda sedikit momentum gerak atur yang baik untuk ke sesi temuduga kerja anda
Selamat mencuba!!!!

Thursday, February 17, 2011

teringat kenangan masa darjah lima..

apabila aku membaca blog zack zukhairi tadi tibe- tibe aku teringat pulak kenangan aku masa aku sekolah rendah dulu.. nak bace blog zack zukhairi???
meh sini aku nak bagi link die CLICK DI SINI

 Bile aku start je bukak ad bace blog si zack ni..mesti mengekek- ngekek aku gelak sorang2 kat depan laptop ni dah duk kat bilik study.....orang2 dalam bilik study ni pandang slack je kat aku...maklum la masing2 tengah menelaah....biase la duk2 kat U ni waktu exam bukan kire boleh dikatakan setiap minggu je mesti ade exam...tak macam kite zaman sekolah2 dulu...
exam ade dalam setahun 3 kali je...itu pun seminggu...at least die dah tetap kan bile waktu exam..tak macam sekarang lu kena pandai2 la nak bagi mase nak study untuk exam ni...kalau tak memang out la u'oll..

aish...jauh benar aku terpesong ni...pasal ape la sampai duk masuk pasal exam2 plak ni..adeh...

OK, balik pada topik asal iaitu kenangan aku mase darjah 5..
masa sekolah rendah ni macam2 kenangan kite ade...Btul tak sume???

Aku teringat la masa darjah 5 aku baru pindah ke sekolah lama aku...amacam?? pelik tak pindah mestilah kat sekolah baru kan?? yang ko merepek sekolah lama ni apehal....hehehe..memang pindah sekolah lame aku pun..dulu mase aku darjah 1 aku duk sekolah ni..then darjah 2 aku pindah sekolah laen..mase darjah 5 aku pindah balik sekolah lame tu...

Masa ari pertama aku daftar pun aku dah wat hal, mane tak wat halnye..ari pertama boleh plak salah masuk kelas...pergi beratur kat perhimpunan kat kelas orang lain...terkantoi mase cikgu duk panggil name sorang2 la..then cikgu tanye, " name sape yang saye tak sebut??". Aku ngan muke innocent pun angkat la tangan...tak ke kalut cikgu tengok ade budak sesat ni...dah selesai sume aku pun masuk la ke kelas sebenar aku..huhu
masuk2 kelas tak boleh bla...boleh plak aku jumpe balik classmate aku dari sekolah aku yang mase aku darjah 2- 4 kat dalam kelas tu...ko stalker aku ek??hehe..guru kelas memang la baik MRS.TAN...i still remember...i wonder if she is still alive??hm??

aku kat dalam kelas ni tibe2 ditempatkan duduk sebelah mamat yang same sekolah ngan aku dulu..heh apela nasib...dah la aku x bape sekepala ngan die...benci betul aku..mana tak nye slalu duk nganjing aku..kitorang punye gaduh sampaikan kitowang wat sempadan kat meja...sape2 yang barang die melepasi sempadan meja tu..kena bayar 50 sen (masa tu x de la main mahal2)..teruk tak mase tu...memang selalu ar barang die masuk sempadan aku..memg wel-wel aku..hehe

teringat ag. 1 ari tu kelas kitorg bising...sekali Mrs Tan masuk ngan muke die yang bengis tu...marah dalam speaking la..huhuhu..abih 1 kelas sume kena duk rotan ngan pembaris panjang die tu..sakit doh!!..dak2 laki la teruk sampai ade kena rotan 2-3 kali.....memang perit!! kenangan tak dapat dilupakan...

lagi 1 yang aku ingat mase darjah 5 ni...duit mase ni memang banyak abih..mane taknye Mrs. Tan tu bisnes orangnye..selalu duk jual produk2 die dalam kelas...ade yang kes paksa pulak..kitorang ni mase memang innocent..ikut je ape die cakap..die suruh beli kitorang beli..die suruh bayar kitorang bayar...tengok memang lurus betul..

ingat lagi akhir tahun mase darjah 5 tu..boleh plak die ngajar kitorang sekelas cara- cara nak mengait...mana tak nye..kelas kitorang ni macam hantu..sekor-sekor perangai macam setan...mengamuk cikgu sebelah kelas.....maklum la dah lepas pekse akhir tahun..tgu cikgu tande paper je...so, untuk mendiamkan kitorang die suruh kitorang mengait...terime kasih pada die, sebab die la aku pandai mengait...huhu

banyak lagi la kalau nak citer pasal kenangan sampai esok pun tak abih...ini pun dah berjela- jela..penat je orang nak bace...kalau nak pasal Mrs. Tan ag..nanti aku wat entry laen...die memang seorang menarik...

sampai sini saja la coretan saya...

Sunday, February 13, 2011

bile kite semakin sibuk

assalamualaikum....
haish...tajuk tu mcm x kene je ngan ape aku nak citer ari ni..
tulis bile semakin sibuk...tp sibuk2 pun sempat lagi menulis blog..
ari ni sje2 nak tulis..sebab nak siapkan assignment BI tu kena tulis letter kat membe  yang kite semakin sibuk.
yang tak de masa nak wat dot..dot..dot....banyak lagi la..( lor..x de idea)
memang sekarang ni semakin sibuk...dengan assignment nye..ngan nak uruskan hal2 jualan lagi untuk kursus
KEUSAHAWANAN lg, ngan nak uruskan prog  dot dot dot..n byk lg la..
smpai x de masa nak fikir menda2 laen...
k la nak sampai sini sje la coretan saya..

Friday, February 11, 2011

the worst experience ever in my life..i think so..

Argh!!!! i HATE this date 10.02.2011....
u know what?? this date make my life miserable...maybe one of my friend think this date make up her day...and of course bcoz it is her birthday actually *HAPPY BIRTHDAY TO ALYAA*... but not for me ok!!

hahaha...tibo- tibo den ni duk speaking plak...ayat pun lintang pukang...huhuhu
tapi ape yang aku ckp tu memang betul..aku benci ari smalam iaitu 10.02.2011..

aku tak taw ape nasib malang yang menimpa aku masa ari tu...agak- agak aku ni nak kena mandi bunga agaknya(kepercayaan tahyul)..huhuhu..

meh ni kome nak citer sikit...apekebendenye yang jadi sebenor-sebenor nye pada hari tu..pagi2 tu x dok apo la..ok life mcm biase...g kuliah abih kuliah. and balik bilik..
petang tu tak de kelas tu yang bercdang nak kuar ade urusan nak diselesaikan..

hajatnye petang tu nak kuar kul 2 and then balik pukul 4( nak elak drpd jammed)..pukul 2 pun elok la kuar but damn!!! penyewa keta bagi aku punye la buruk kancil tu..damn hell!! tak penah aku guna kancil seburuk itu..dengan cushion dah terkoyak-koyak...cermin tingkap pun nak runtuh, stereng ketat...bile pulas stereng abih bunyi *crack *crack mcm scary jer..dengan aircond nye sekadar angin je..ceh!! memang malang..

aku pun gi jemput membe aku syimah..die pun ade hal jugak kat bandar...die pun terperanjat tgok keta yang aku sewa...sampai die kata" ko kutip mane keta ni??"...hahaha..

kitorang pun start journey kitorang..tp biase la mule2 kena g isi minyak dulu...sebelum dah sampai ke stesen minyak adelah 1 traffic light.. traffic light kat kelantan memang **lak*..merah die punye la lame....

tak lame lepas tu lampu pun hijau...dan- dan pulak keta ni mati kat tengah-tengah traffic light tu..damn hell!! sampai 4 kali aku cube start...memang tak nak hidup jugak...keta2 kat belakang tu dah macam gam****...x sabo2 sume duk tekan horn *ping!*ping!..last aku decide tekan lampu kecemasan... kitorang agak2 mungkin dah abih minyak kot...kitorang kuar keta...adalah drebar lori marah2 pasal ape tak jalan keta...aku pun mngamuk la" tak nampak ke keta tu rosak..lampu kecemasan duk pasang tu( dlm loghat kelate la)...pahtu die sruh kitorang alih keta ke tepi...(wey!! mcm mne nak alih dah la kitorg berdua pompuan...mmbe aku plak pakai baju kurung)..last2 aku suruh dorang tolong alihkan ke tepi...sikit je die alih...aku mintakla die botol nak gi beli petrol...boleh plak die kata" lori pakai diesel. x pakai petrol" ( bengong..aku mintak botol bukannye mintak diesel die, aku tawla lori pakai diesel!)



last2 la kitorang berdua pun g jalan kaki ke stesen minyak beli botol mineral 1.5 liter tu...pahtu puas pulak nak abihkan air minuman tu..last2 buang je...pahtu beli la petrol...kitorang bawak petrol tu dah macam bawak kencing je...* si membe aku sabar je la..dah la pakai baju kurung masa tu...hari plak dah la betul2 panas terik!

dah tuang petrol sume..aku cube start lagi keta...start..start..x bleh jugak..aku pam minyak tu pun x bleh start jugak...last keta tu berkotik langsung..gamaknye abih bateri...argh!!! tension aku!! dahla panas terik, keta plak rosak, menanggung malu agi keta duk tengah2 traffic light. hanya Tuhan je yang tahu.

aku pun decide call balik tuan punye keta...ade ke die kate tak cukup petrol kitorang isi tu..kena tambah lagi..sh**!! tak kan nak gi ulang balik ke petronas tu..bukannye dekat2, ngan panas terik lagi..last2 call ieka suruh beli petrol..thanz to ieka* wink..sementara tgu minyak tuan keta tu mesej mcam ni "lepas isi minyak tu, pam minyak sampai 30 x then try start"..( ko ingat nak CPR ape kat keta tu!)..then die kate nak datang..

tibe2 ade la 1 keta ni berhenti..die pun tolong start sume..die pun kate memang battery keta ni dah kong..die pun tolong tolak keta tu ke tepi jalan supaya tak halang lalu lintas...ok..cepat gak tuan keta ni sampai..tengah tolak2 sume tibe ade call masuk, tuan keta tu tnye keta duk mne??? (aik, klu tuan die baru sampai...sape yang tolong tolak tadi)*konpius...huhu

tuan keta pun tu pun mintak maaf banyak2 sebab dah menyusahkan kitorang..last2 die bagi kitorang keta viva baru...die bagi free of charge kitorang pinjam sampai pkul 6..(huhuhu heaven sekejap) siap ganti balik duit minyak kitorang dah beli tadi (padahaln duit tu guna tuk isi minyak viva tu pulak, hampeh!)

bayangkanla plan nak g kul 2 blik kul 4, last kul 4 bru nak start journey...dua jam kitorang duk terpacak kat tengah panas tu..badan dah tengik macam ape dah...memang sangat memenatkan semalam...dah start journey, balik dalam jammed...pkul 6.30 smpi blik lepas mandi2 terus pengsan tido..huhuhu

IT IS THE WORST EXPERIENCE EVER IN MY LIFE AND MY FRIEND SYIMAH..



Friday, February 4, 2011

02.02.2011

Assalamualaikum..

hah..dah lama dah  xupdate blog...bukan ape..1 sebabnye malas..kalau dah malas 1 keje pun x jadi..
ni cuti ni tu! berlambak assignmnt duk terbengkalai dalam beg lagi tu..ye ye er konon berkobar2 nak wat
assignment kat umah..last2 hah! lagi 2 ari lagi nak balik dah..
 kedua sebab tak update blog sebab internet kat kampus punye la laju macam ciput...ciput pun laju lagi
at least ciput tak semput macam internet kat kampus tu..tu yang update tu..

tajuk diatas saje suke2 je letak * x de idea nak letak tajuk*
asyik pakai huruf je letak tajuk..
saje letak nombor plak...hehe

pada tarikh tu aku telah meluangkan masa bersama  adik ku...saje nak tukar angin..besenye aku ni kalau bab
jalan2 mane penah nak jalan ngan adik- beradik..mesti jalan2 ngan membe..tibe2 rase tukar angin nak jalan2 ngan adik sambil g tengok wayang..dan lama berhajat nak tengok wayang..bayangkan la sejak masuk usm ni
mane penah gi tengok wayang agi...maklum la kat kelantan mane ade panggung wayang..wayang kulit dah x de lor ni..

lokasi yang terdekat Berjaya Times Square...maka kami pun g lepak2 kat sini..dan tengok wayang citer Season of the Witch..memang best..lakonan Nicholas Cage..memang aku minat mamat ni..
bawah ni gambar2 yang sempat di ambil ketika berada di times square..





tadaa...selamat menonton..