CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Friday, August 26, 2011

Tak boleh beli baby crystal?? rosak hiasan raya~

Assalamualaikum

korang semua pernah dengar crystal ball, jelly ball, baby crystal or ape benda crystal la...Tak pernah dengar?? Meh sini kita bagitau.. baby crystal ni sejenis crystal yang biasanya digunakan untuk tanaman hiasan sebagai alternatif penggunaan tanah. Asal bentuk baby crystal ini bebentuk bulat seperti manik2 baju tetapi apabila ia direndam ke dalam air...ia akan mengembang, dan berkilau seperti bola kristal.

 cantik kan??

rupe asal baby crystal...sebijik macam jual kat kedai rm2

Untuk pengetahuan korang Baby crystal ini sangat laris di pasaran. Kat tempat kerja aku tu, pantang penuhkan stok je, mesti lesap. Punya laris tak laris nye. nak nak lagi di musin perayaan ni, semua orang nak hias rumah mesti nak ade baby crystal ni.

Hari ni telah keluar 1 berita yang agak mengecewakan semua orang yang  LARANGAN MEMBEKAL DAN MENJUAL 'SEVEN COLOUR CRYSTAL BALL' MULAI ESOK'- Ismail Sabri.
Hal ini disebabkan berlaku banyak kes yang melibatkan kanak-kanak yang tertelan 'binatang' ni dan terpaksa di bedah.
 Haih~..menyusahkan betul.."Adik- adik yang korang pergi telan tu buat ape?? Itu bukannya gula- gula, ingat jeli ke hape".

Di sini saya sertakan beritanya sekali... 

Larangan Membekal, Menjual Seven Colour Crystal Ball Mulai Esok - Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 25 Ogos -- Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan "seeds growing kits" yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanya berkuatkuasa esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, dipercayai akibat tertelan SCCB.

SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaru di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.

Katanya berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan. Menurutnya kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.

"Mereka (kanak-kanak) mungkin menganggapnya sebagai makanan. Saiz asal SCCB kurang daripada 0.5 cm. Apabila dimasukkan dalam air, ia mengembang lima ke enam kali ganda daripada saiz asalnya yang berbentuk seperti jelly rubber ball," kata Ismail Sabri.

Sehubungan itu kementerian akan meneruskan pemantauan dan memberi khidmat nasihat kepada pihak industri supaya menarik balik barangan itu daripada pasaran serta membuat pelupusan dengan cara selamat, selain bekerjasama dengan Kastam Diraja Malaysia bagi memastikan larangan import bagi SCCB dan seumpamanya dilaksanakan, katanya.

"Mereka yang masih menjual barang ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna yang boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak lagi menggunakan SCCB supaya kes kanak-kanak tertelan barangan itu pada masa akan datang tidak berulang.

Ismail Sabri berkata selain Malaysia, Poland dan Itali turut melarang pembekalan dan penjualan SCCB sejak tahun lepas, manakala Filipina pula mengeluarkan amaran berjaga-jaga.

Rosak program nak berhias raya pada tahun ni. Nampaknya dekat gerai kami pun terpaksa diberhentikan menjual, padahal stok baru sampai semalam.


Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #1: Parking Terbaik!!

first time join wordless wednesday..

Perempuan yang tak sedar di untung

Assalamualaikum

Dah lama benar tak berblogging ni ek...asyik buzy dengan dunia pekerjaan sampai tak da masa nak berblogging. Blog ni pun sampai dah naik sawang dah. Kalau blog ni memang realiti la...rasenya kalau mengemas balik boleh dikatakan lebih 6 inci tebal debunya...hehehe..nasib baik blog ni alam maya je.

Ingat berblogging ari ni nak kongsi serba sedikit cerite sepanjang bekerja...tapi disebabkan kekurangan mood n malas. mungkin saya akan buat entri lain..khas nak cerite pengalaman saya sepanjang bekerja di Eco- Shop. Pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Ari ni nak kongsi cerite ni yang baru saya jumpa. Mungkin tak la sehebat mana tapi boleh dijadikan pengajaran buat kite terutamanya bagi kaum wanita. Untuk renungan kite bersama..

gambar hiasan je


Sebuah kedai unik bernama Kedai Stesen Suami yang menjual calon suami baru saja di buka di Kuala Lumpur. Kononnya di negara maju yang tunggang-langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk:
“ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP”
Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu.
Seorang wanita pergi ke Kedai Stesen Suami untuk memilih suami yang tepat untuknya. Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama.
Di atas lantai terdapat tulisan:
LANTAI 1: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.”
Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 2 terdapat tulisan:
LANTAI 2: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil.”
Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 3 terdapat tulisan:
LANTAI 3: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat.”
Wow.. fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik.
Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan:
LANTAI 4: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah.”
“Biar betul..!” Wanita itu berkata, “Tak cayala…..!”.
Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke lantai 5 dan terdapat tulisan seperti ini:
LANTAI 5: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki sifat romantis.”
Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula ke lantai 6 dan di lantai itu terdapat tulisan: (dia mengesat matanya kerana tidak percaya pada apa yang tertulis)..
LANTAI 6: “Anda adalah pengunjung yang ke 7,593,012. Tidak ada lelaki dilantai ini. Lantai ini diwujudkan semata-mata untuk jadi bukti betapa ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah datang di Kedai Stesen Suami. Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda!”

Moral: sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Orang yang tamak selalu rugi. don't greedy greedy ok!!