CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Tuesday, August 31, 2010

Cerita Teladan : Ingat tak itik tadi?

Di sebuah bandar, tinggal lah sepasang dua beradik yang bernama Ali, 5 dan Aminah,12. Menjelang nya cuti sekolah, kebiasaannya Aminah akan dihantar oleh ibunya pulang ke kampung untuk menolong nenek di kampung, sebab nenek dah semakin uzur. Akan tetapi, pada kali ini, Aminah akan pulang ke kampung bersama Ali.

Di kampung, seperti biasa Aminah akan menolong nenek melakukan kerja- kerja rumah. Pada waktu pagi, Aminah akan membuat kerja rumah, pada waktu petang, dia akan menolong nenek menjual kuih dan pada waktu malam, dia akan membasuh pinggan. Ali sangat seronok pulang ke kampung. Di kampung, Ali dapat melihat binatang ternakan seperti lembu, ayam, itik , kucing dan sebagainya. Dia tak dapat melihatnya ketika di bandar.


gambar hiasan

Pada suatu hari, Ali ternampak sekumpulan itik tengah pulang petang dengan jalan berlenggoknye. Ali yang kagum itu pun menangkap seekor anak itik.



Dia telah memegang itik itu, tanpa sedari dia telah terbunuh anak itik itu. Dia menjadi takut dan perkara itu telah dilihat oleh Aminah. Dia menjadi sangat takut. Tiba- tiba nenek dia melauh "Minah! Ali! mari naik dah dekat maghrib dah ni. Pergi mandi, pahtu kita makan".

Ali sangat takut lalu menyimpan bangkai itik itu di dalam tempayan.

Di tempat makan, sesudah saja makan nenek menyuruh Aminah membasuh pinggan. Aminah pun berkata, "nek, nek tadi kan Ali cakap dia nak tolong nenek basuh pinggan. Dia bersungguh-sungguh nak tolong nenek. Biar dia lah yang basuh. Betulkan Ali?". Ali tergamam. Lalu Aminah memandang Ali sambil berkata," ingat tak itik tadi?". Oleh sebab Ali takut, dia telah membunuh itik neneknya, dia pun bersetuju.

Pada malam itu, nenek berpesan kepada Aminah supaya tidak lupa menjual kuih pada hari esok.
Aminah pun berkata, "nek, nek tadi kan Ali cakap kat saya dia kata dia nak tolong nenek jual kuih esok. Dia nak sangat tolong nenek. Betulkan Ali?". Sekali lagi Ali tergamam. Aminah pun menjeling Ali sambil berkata, "ingat tak itik tadi?". Ali pun bersetuju.

Perkara ini berlarutan sampai la ke satu tahap di mana Ali tak tahan lagi, lalu menceritakan perkara sebenar kepada nenek.

"Nek, saya nak minta maaf kat nenek. Sebab pada suatu hari tu, Ali dah terbunuh sekor anak itik nenek. Ali sangat takut lalu menyembunyikannya dalam tempayan". Nenek pun tersenyum lalu berkata, " Ali, sebenarnya nenek dah lama tahu pasal ni. Nenek tak marah pun, sebab masa Ali terbunuh tu nenek ada kat tingkap. Nenek saja diamkan nak tengok Ali bagitau sendiri.Ali seorang yang berani".

Ali berkata dalam hati, " celaka punya nenek, nape tak cakap awal- awal dia dah tahu. Kalau tak, tak payah aku berpayah- payah buat kerja si minah giler itu". (haha, ini tipu)

Nenek pun memeluk Ali dengan eratnya.

TAMAT

Moral nya di sini : kita mesti lah berani untuk memberitahu kebenaran. Aminah itu tadi ibarat syaitan yang menghasut kita supaya tidak berani untuk melakukan kebaikan.


DARIPADA Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud: "Orang mukmin yang kuat lebih baik kepada Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan tiap-tiap seorang ada kebaikannya (imannya).


“Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: “Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah:

"Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan,' kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." (Hadis riwayat Muslim)

Saturday, August 28, 2010

'katak rushing"

aku bangun sahur ari ni..tibe2 aku teringat dengan rangkai kata 'katak rushing'...
aku bangga kali ni....tahun ini punye ramadan...aku x penah agi tinggal sahur...bgus2(puji diri sendiri)...hehehe

ok. berbalik kepada cerita 'katak rushing' tadi. boley dikatakan sume membe aku sudah terkena virus ni...mana tak nye asal kluar je perkataan 'rushing', mesti dorang dok bayang katak yang rushing





perkataan ni bermula ngan kawan aku la....die yang kemukakan perkataan ni...
masa tu kitorg duk lepak dalam bilik...duk citer pasal binatang2 ni..(x de keje btul kan)
kawan aku yang sorang ni memang jenis penggeli...
die cerite la pengalaman die masa kecik
"pada suatu hari, tengah die duk main basikal 4 roda. tibe2 ade seekor katak melompat- lompat depan die. die kate katak tu 'rushing2' (nak ke mana la oi katak tu)


mak cik ni rushing kan? maklumla dekat musim perayaan.. hehe..
Aku ngan membe aku sorang lagi terkekeh-kekeh ketawa. tak boleh bla bleh plak die kata katak tu rushing. kecik2 dah bleh dok bayang katak tu rushing.
rupa2 nya katak tu duk rushing sebab die kene kejar ngan ular...patut la nampak rushing...
hahaha
lepas tu kitorg citer kat membe2 lain...pahtu sume duk nganjing membe aku yang sorang ni...
duk nganjing die 'katak rushing'...hehehe

p/s: minta maaf ek nurul sebab duk citer pasal ni..
(rasa lucu plak)

Friday, August 27, 2010

ulat bulu hilang kaki

ha ha...dah lme dah x mnulis blog. mgkin disebabkan kekangan masa kot.
Al- maklum la...baru masuk degree kat usm.. baru belajar nak menyesuaikan diri..

petang tadi lepas je bangun tido....tibe2 tangan ni gatal nak tulis blog..
tapi sebenarnya x de idea pun nak tulis pasal ape..




tapi hentam je la tulis..

nak tanya korang mesti penah dengar kan lagu ulat bulu?
kepada sesiapa yang x ingat tu
lagu die macam ni...

" kata sang ulat bulu,
yang punya kaki seribu,
siapa jumpa kakiku,
jikalau tak dapat,
terpaksa ku melompat,
dengan seribu kurang satu,

melompat....melompat,
siapa jumpa kakiku,
jikalau tak dapat,
terpaksa ku melompat,
dengan seribu kurang satu...."


mesti korang dah ingat kan?
tapi sebenarnya kan lagu banyak version taw..
korang bleh cube dalam pelbagai version..
ada dalam version vocal 'i'...
tapi aku paling suka kalau dalam version vocal 'u'..
jadi macam ni...

"kutu sung ulut bulu,
yung punyu kuku surubu,
supu jumpu kukuku,
jukulu tuk duput,
turpuksu ku mulumput,
dungun surubu kurung sutu,

mulumput.....mulumput,
supu jumpu kukuku,
jukulu tuk duput,
turpuksu ku mulumput,
dungun surubu kurung sutu...

amacam seronok kan?
(dah macam orang asli dah aku rasa)..
kah!!kah!!kah!!
selamat mencuba....!!

p/s : kepada sesiapa yang mencuba jikalau mulut anda 'cram'. harap maaf..