CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Tuesday, August 31, 2010

Cerita Teladan : Ingat tak itik tadi?

Di sebuah bandar, tinggal lah sepasang dua beradik yang bernama Ali, 5 dan Aminah,12. Menjelang nya cuti sekolah, kebiasaannya Aminah akan dihantar oleh ibunya pulang ke kampung untuk menolong nenek di kampung, sebab nenek dah semakin uzur. Akan tetapi, pada kali ini, Aminah akan pulang ke kampung bersama Ali.

Di kampung, seperti biasa Aminah akan menolong nenek melakukan kerja- kerja rumah. Pada waktu pagi, Aminah akan membuat kerja rumah, pada waktu petang, dia akan menolong nenek menjual kuih dan pada waktu malam, dia akan membasuh pinggan. Ali sangat seronok pulang ke kampung. Di kampung, Ali dapat melihat binatang ternakan seperti lembu, ayam, itik , kucing dan sebagainya. Dia tak dapat melihatnya ketika di bandar.


gambar hiasan

Pada suatu hari, Ali ternampak sekumpulan itik tengah pulang petang dengan jalan berlenggoknye. Ali yang kagum itu pun menangkap seekor anak itik.



Dia telah memegang itik itu, tanpa sedari dia telah terbunuh anak itik itu. Dia menjadi takut dan perkara itu telah dilihat oleh Aminah. Dia menjadi sangat takut. Tiba- tiba nenek dia melauh "Minah! Ali! mari naik dah dekat maghrib dah ni. Pergi mandi, pahtu kita makan".

Ali sangat takut lalu menyimpan bangkai itik itu di dalam tempayan.

Di tempat makan, sesudah saja makan nenek menyuruh Aminah membasuh pinggan. Aminah pun berkata, "nek, nek tadi kan Ali cakap dia nak tolong nenek basuh pinggan. Dia bersungguh-sungguh nak tolong nenek. Biar dia lah yang basuh. Betulkan Ali?". Ali tergamam. Lalu Aminah memandang Ali sambil berkata," ingat tak itik tadi?". Oleh sebab Ali takut, dia telah membunuh itik neneknya, dia pun bersetuju.

Pada malam itu, nenek berpesan kepada Aminah supaya tidak lupa menjual kuih pada hari esok.
Aminah pun berkata, "nek, nek tadi kan Ali cakap kat saya dia kata dia nak tolong nenek jual kuih esok. Dia nak sangat tolong nenek. Betulkan Ali?". Sekali lagi Ali tergamam. Aminah pun menjeling Ali sambil berkata, "ingat tak itik tadi?". Ali pun bersetuju.

Perkara ini berlarutan sampai la ke satu tahap di mana Ali tak tahan lagi, lalu menceritakan perkara sebenar kepada nenek.

"Nek, saya nak minta maaf kat nenek. Sebab pada suatu hari tu, Ali dah terbunuh sekor anak itik nenek. Ali sangat takut lalu menyembunyikannya dalam tempayan". Nenek pun tersenyum lalu berkata, " Ali, sebenarnya nenek dah lama tahu pasal ni. Nenek tak marah pun, sebab masa Ali terbunuh tu nenek ada kat tingkap. Nenek saja diamkan nak tengok Ali bagitau sendiri.Ali seorang yang berani".

Ali berkata dalam hati, " celaka punya nenek, nape tak cakap awal- awal dia dah tahu. Kalau tak, tak payah aku berpayah- payah buat kerja si minah giler itu". (haha, ini tipu)

Nenek pun memeluk Ali dengan eratnya.

TAMAT

Moral nya di sini : kita mesti lah berani untuk memberitahu kebenaran. Aminah itu tadi ibarat syaitan yang menghasut kita supaya tidak berani untuk melakukan kebaikan.


DARIPADA Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud: "Orang mukmin yang kuat lebih baik kepada Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan tiap-tiap seorang ada kebaikannya (imannya).


“Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: “Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah:

"Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan,' kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." (Hadis riwayat Muslim)

1 comment:

  1. time first year dulu, pernah senior cerita kisah ni kepada kami, bile sekarang ingat-ingat lupe dah jalan cerita dia tapi nak sangat ingat balik..try2 google " ingat itik tadi" nasib baik jumpe, jzkk k farah


    syida_kppusmkk ^^

    ReplyDelete