CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Tuesday, September 7, 2010

Street Vendetta

Haih~...(aik start2 blog dah mengeluh)

Sedang aku bergolek-golek cuba untuk lelapkan mata..tapi pelik betul...mata ni tak nak jugak terlelap..aduhai..mata..mata~..
tengah2 duk lelapkan mata...tibe-tibe teringat 1 citer novel yang aku pernah terbaca dulu..
novel nie unik betul..
tak pernah aku baca novel macam aku baca komik...aku boleh ketawa terkekeh-kekeh baca novel ni. Judul novel ni "Street Vendetta" karya Mazni Aznita


Novel ni memang menarik...tak rugi pun kalau korang beli...Kalau setakat baca sinopsis die kat belakang novel tu memang tak berapa menarik...tapi cerita kat dalam die...Fuh~!! best sih!.
tip top..
Lawak gile...tak leh bla ngan watak heroin citer ni yang bernama Anabella. Seorang yang bercita-cita tinggi tetapi hakikatnye tidak. Seorang yang suka bermonolog sendirian dan suka mengutuk orang.
Jarang nak jumpa novel yang heroin nye kepala giler2.

di sini aku ade sertakan sedikit sinopsis novel ni untuk menarik minat korang untuk membaca
sipnopsis:
Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh..bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya bertemu, dunia seakan mahu runtuh. Kerana sebuah kereta, kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkannya.Perpisahannya terakhirnya dengan Kojie di Cherating entah kenapa sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella mula dihimpit keliru. Siapa Kojie? Siapa pula Fakruzi? Semuanya akan terjawab di dalam Street Vendetta. Love is always a beautiful things in our heart. Sweet and Sour!!

Anyway novel ni salah satu novel de best yang aku pernah baca...kepada sesiapa yang pernah baca pasti setuju dengan aku (konon2 jela)"rambut sama hitam, hati lain-lain"..hehe

No comments:

Post a Comment