CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Wednesday, September 8, 2010

Keberkatan membaca 'Bismillahirrahmanirrahim'


Bismillahirrahmannirrahim.....

Seelok-elok nya sebelum kita memulakan sesuatu, elok lah kalau kita memulakan dengan membaca basmallah. Seperti pernah kita dengar dalam lagu raihan dulu-dulu kan?
"Dimulakan dengan Bismillah,
Disudahi dengan Alhamdullilah,
begitulah sehari dalam hidup kita
mudah-mudahan dirahmati Allah..

aish, rancak duk nyanyi nasyid pulak kalau nak dengar boleh la tekan link ni "raihan"


maksud Basmallah ialah " Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang". Hal ini bermaksud jikalau kita mulakan sesuatu perkerjaan dengan membaca Basmallah bermaksud kita selalu meminta pertolongan dengan Allah. Kita selalu mengerjakan sesuatu dengan Allah dan bukan dengan syaitan durjana.

Ini saya nak cerita sikit, ada satu cerita tauladan yang membuktikan keberkatan membaca Basmallah setiap kali memulakan pekerjaan.

Berkat membaca Basmallah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t.menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.


hah..kita tengok betapa beruntung nye kalau memulakan sesuatu dengan membaca 'Basmallah'.
Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah telah mengeluarkan Hadist dari Abu Hurairah ra dari Nabi SAW bahwasanya beliau telah bersabda : “ Setiap perkara yang penting yang tidak dimulai dengan (membaca) Bismillahirrohmannirrohiim, maka ia (perkara) itu akan buntung, artinya sedikit faedahnya dan barokahnya.” ( HR Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah )

sekian la saje nak ingin saya kongsikan di sini...nak bersiap-siap pergi ke bazar ramadan
tata...hehe

No comments:

Post a Comment