CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Friday, August 26, 2011

Tak boleh beli baby crystal?? rosak hiasan raya~

Assalamualaikum

korang semua pernah dengar crystal ball, jelly ball, baby crystal or ape benda crystal la...Tak pernah dengar?? Meh sini kita bagitau.. baby crystal ni sejenis crystal yang biasanya digunakan untuk tanaman hiasan sebagai alternatif penggunaan tanah. Asal bentuk baby crystal ini bebentuk bulat seperti manik2 baju tetapi apabila ia direndam ke dalam air...ia akan mengembang, dan berkilau seperti bola kristal.

 cantik kan??

rupe asal baby crystal...sebijik macam jual kat kedai rm2

Untuk pengetahuan korang Baby crystal ini sangat laris di pasaran. Kat tempat kerja aku tu, pantang penuhkan stok je, mesti lesap. Punya laris tak laris nye. nak nak lagi di musin perayaan ni, semua orang nak hias rumah mesti nak ade baby crystal ni.

Hari ni telah keluar 1 berita yang agak mengecewakan semua orang yang  LARANGAN MEMBEKAL DAN MENJUAL 'SEVEN COLOUR CRYSTAL BALL' MULAI ESOK'- Ismail Sabri.
Hal ini disebabkan berlaku banyak kes yang melibatkan kanak-kanak yang tertelan 'binatang' ni dan terpaksa di bedah.
 Haih~..menyusahkan betul.."Adik- adik yang korang pergi telan tu buat ape?? Itu bukannya gula- gula, ingat jeli ke hape".

Di sini saya sertakan beritanya sekali... 

Larangan Membekal, Menjual Seven Colour Crystal Ball Mulai Esok - Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 25 Ogos -- Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan "seeds growing kits" yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanya berkuatkuasa esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, dipercayai akibat tertelan SCCB.

SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaru di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.

Katanya berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan. Menurutnya kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.

"Mereka (kanak-kanak) mungkin menganggapnya sebagai makanan. Saiz asal SCCB kurang daripada 0.5 cm. Apabila dimasukkan dalam air, ia mengembang lima ke enam kali ganda daripada saiz asalnya yang berbentuk seperti jelly rubber ball," kata Ismail Sabri.

Sehubungan itu kementerian akan meneruskan pemantauan dan memberi khidmat nasihat kepada pihak industri supaya menarik balik barangan itu daripada pasaran serta membuat pelupusan dengan cara selamat, selain bekerjasama dengan Kastam Diraja Malaysia bagi memastikan larangan import bagi SCCB dan seumpamanya dilaksanakan, katanya.

"Mereka yang masih menjual barang ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna yang boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak lagi menggunakan SCCB supaya kes kanak-kanak tertelan barangan itu pada masa akan datang tidak berulang.

Ismail Sabri berkata selain Malaysia, Poland dan Itali turut melarang pembekalan dan penjualan SCCB sejak tahun lepas, manakala Filipina pula mengeluarkan amaran berjaga-jaga.

Rosak program nak berhias raya pada tahun ni. Nampaknya dekat gerai kami pun terpaksa diberhentikan menjual, padahal stok baru sampai semalam.


14 comments:

  1. x penah beli.. tp benda ni mmg comel pn ^^

    ReplyDelete
  2. paah pun dlu je penah beli..igt bru nak bli blik..tp ni la jdinya..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Larangan membekal dan menjual, tak termasuk lagi larangan membeli hee

    Berapa harga Baby Crystal ni? Teringin nak beli

    ReplyDelete
  6. Nasib baik tak beli lagiii... takut i...

    ReplyDelete
  7. kau ni ade otak ke tak? kau ckp budak2 tu menyusahkan sebab mkn benda tu? hoi, dorang tu kecik lagi mane nk paham yg benda tu bahaya? yg kau ni dah tua bangka takde otak ke nk pikir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...walaupun setahun lebih dh, tp aku xpuas hati gak...xde otak ke ko marah budak2 mkn? nama pon budak2, mane reti fikir lg...bengong

      Delete
    2. Tk baik ckp orang macam tu

      Delete
  8. dimana menjual baby crystal

    ReplyDelete
  9. alaahhh...aq teringin nak main baby crystal balik...dah x leh beli ke??

    ReplyDelete
  10. your site is more usefull ans easly use...

    Fancy designer wear and fashioable.......
    Here We Have Some For You In Your Budget
    For More.... Plz visit Plz visit:-
    designer wear printed

    ReplyDelete