CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Wednesday, November 2, 2011

Kerana Payung, Badan Binasa

Assalamualaikum,

di petang yang hening ini, dengan cuaca hari ini tersangat la baik sebab cerah sepanjang hari. Boleh dikatakan baru hari ni badan di kena matahari, rasa dah nak naik berkulat dah badan ni sebab tak kena matahari ( hyperbola btul ko ni!)... Tengah memandang keluar tingkap, tiba-tiba teringat 1 peristiwa yang membuatkan saya tersenyum keseorangan...huhu

bila korang sume baca tajuk entry kat atas tu, pasti korang duk pelik, pasai pa plak kerna payung, badan binasa?? padahal bukan ke payung nilah hok selalu melindungi kita sbg pelindung panas, hujan, sebagai senjata pun ada dan macam-macam lagi la kegunaan...Memey~ la..tapi ada peristiwa yang terjadi kan kawan saya, kerana payung, badan binasa.
payung hiasan

Pada satu petang, Ali jalan-jalan tiba2 nampak taik tahi....Tett!!!.salah siaran la plak...
pada satu hari tu, kalau tak silap ari khamis kot, memang khamis tu menjadi black thursday la kat die...member saya ni ada kuliah petang kat bangunan PPSK baru. Bangunan PPSK baru ni agak jauh dengan desa kediaman die, oleh itu disebabkan dah terlewat ke kelas, die meminjam sebuah basikal daripada kawan die. Die ni ada 1 habit, habit die....die tak boleh berenggang dengan payung besar die...ke mana saje die pegi mesti die bawak payung besar die tak kira hujan atau panas..katenya sebagai 'shield'..(ok fine..)
Oleh itu, die pun menunggang basikal bersama payung besar kesayangan die dengan hati yang senang....bak kata malang tidak berbau....entah macam mane, payung besar die tu boleh tersangkut kat celah rim basikal..Disebabkan external force reacts upon pada tayar basikal, basikal itu berhenti secara tiba- tiba dan berlakunya momentum yang besar menyebab terpelantingnya kawan aku ni.. oleh sebab die nak menahan jatuh, die menahan guna tangan die, dan salah teknik maka terpatah la tangannya...Alhamdulillah die tak apa-apa cuma tangan je yang terpatah..(Untunglar~).

Masa saya dengar kisah die ni dari member laen, keras perut menahan gelak..rasa kesian pun ade, rasa lucu pun ade..huhuhu( jgn mare~)

Kejadian ni berlaku sebulan yang lalu, ari ni die dah boleh cabut simen dah kat tangan die...nasib..nasib..
Aduyai~...kalau la die tak bawak payung besar die tu naik basikal sekali, tak la jadi perkara ni..sebab tu kata kerna payung, badan binasa..tapi nak wat dah 'NASIB BADAN'...


p/s : peribahasa sediakan payung sebelum hujan tu dah tak berapa boleh nak pakai dah...hahahaha~

No comments:

Post a Comment