CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Monday, October 31, 2011

Ke'MALAS'an melanda

Assalamualaikum..

blog ni dah tak berape sudi dengan tuan dia...asyik sangkut- sangkut je..
blog ni pun dah merajuk dengan tuan die..mane taknya, dah berkurun lama tak update blog yang usang nie (merajuk lagi blog ni sbb kate die usang)..

harap maaf la ek kepada follower- follower yang sudi  ikut blog yang tak seberapa ni ( merajuk lagi en. blog ni). sudah lama tidak meng-update- disebabkan kekangan masa yang melanda.

semua perkara nak dimasukkan ke dalam kepala otak ni, setiap perinci perkara, peristiwa, peringatan, dll..semuanya nak diterapkan dalam kepala otak ni..mana tak senak die ( otak pun boleh senak ek??)
kalau lappy saya nak dibuat begitu, alamat tak lama lagi meletup la die..( RAM x ckup)..huhu

Disebabkan kesemua perkara hendak difikirkan termasuk test, presentation, assignment yang berkepuk-kepuk tu, penajaan yang tak sudah, beberapa projek lagi yang belum diselesaikan..semuanya nak difikirkan, kepala otak ni pun tak mampu nak bahagi2kan mengikut segmen2..aduyai...oleh itu, tercetusnya 1 fenomena yang tak dapat dibendung lagi.. iaitu fenomena 'MALAS'.. Fenomena ini cukup sinonim dengan pelajar yang macam saya ni, bila semua benda nak difikirkan. 'MALAS' ni suatu wabak@ bencana yang cukup bahaya pabila melanda. Kesemua perkara tertangguh akibat 'bencana' ni dan impak- impak nya cukup maksima ( bahasa ape dah yang ko guna ni??)

Untuk mengatasi wabak ni, kerasionalan dan kesedaran amat penting untuk membendung masalah yang semakin berleluasa dalam minda saya ni. Oleh itu, saya berdoa supaya kerasionalan dan kesedaran saya mampu melawan wabak malas ni sebelum saya boleh pulang beraya haji, supaya saya boleh menghadapi cuti raya haji dengan tenang.


p/s : don't wait until tomorrow cause tomorrow might not come


No comments:

Post a Comment