CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Monday, October 3, 2011

Mamat macam ni ke nak korang nak wat laki??

Assalamualaikum

entri kali berkenaan hati dan perasaan sikit. Perasaan saya dalam masa terdekat ni makin hari makin tertekan.
pelbagai masalah yang melanda...( apsal tiba2 hang duk guna bahasa bangku baku plak ni)
 Betul...memang serius..kebelakangan ni saya sangat stress..
dahla stress ngan belajarnye, dengan nak laksanakan projeknye, masalah wang. masalah rakan sebaya lagi..macam2 masalah la..tambah pulak dengan 1 masalah yang tak patut ada sebenarnya....iaitu masalah dengan LELAKI. Entri kali ini berkenaan ngan luahan perasaan..

Saya nak tanya pendapat korang la kan?? Kalau ber'couple' ni memang kena ikut semua ke kehendak lelaki itu, walaupun kadang2 tu memudaratkan diri kita?? Adakah dengan cara itu dapat menunjukkan yang kita sayang pada dia??
Bagi pendapat sayalah, benda macam ini memang tak patut, melainkan lelaki  itu adalah suami kita, selagi belum wujudnya apa- apa ikatan dengan lelaki itu, kita berhak untuk menentukan apa yang terbaik dalam hidup kita. Kita masih boleh  bertindak rasional.

Tujuan saya duk mukadimah pasal ni, sebenarnya ada story yang nak dikongsikan.....
Saya adalah kenalan seorang 'mamat' ni. Masa di awal perkenalan...OK..seorang yang ambil berat, bertimbang rasa, boleh bertolak ansur, seorang yang memahami. Memang masa di awl perkenalan tu nampak semuanya baik. Tetapi semakin lama mengenalinya, beliau mula menunjukkan belangnya sikit- sikit. Dia mula menjadi seorang yang 'control' orang, tak boleh bersabar, kurang memahami dan yang paling aku benci sikapnya yang 'JUAL IKAN' tu atau dengan kata lain 'SELFISH'.

Semakin hari semakin mendesak aku, balas mesej lambat mula nak naik darah. Tak angkat panggilan sebab tak sengaja mula nak merajuk. KO ingat aku tak de keje lain selain nak melayan ko. Sampai 1 tahap aku dah mula rasa rimas dengan mamat ni.. Semua benda nak dikawal padahal aku bukan ada kena-mengena ngan ko pun. Aku plak jenis yang independence. Aku tak suka bergantung dengan orang, so hak aku la untuk menentukan keputusan apa dalam hidup aku.

Mamat ini pulak jenis yang tak faham bahasa dan sangat mementingkan diri sendiri. " 1 hari bercakap la telefon dengan die, sajelah gurau2 suruh die balik kg. Tibe2 die kate nak balik n jumpe aku. Aku pun kate la InsyaAllah. tak boleh janji, faham jelah hidup aku sebagai student ni, jadual x menentu. Sehari sebelum tarikh yang aku patut berjumpa dengan dia tu, aku adalah program kenduri rumah kawan aku dan aku sangat2 la penat. Secara tak sengaja, aku demam la pada keesokan harinya iaitu hari patut kitorang berjumpa. Aku ni jenis kalau dah start demam, mulalah teruk. Aku demam teruk sangat sampai muntah2, tak larat turun katil semua.

Aku dah bagitau die, yang aku demam pada hari tu. Tapi die tak endah pun, die nak jugak berjumpa. Aku pun cakap kat die, boleh berjumpa, tapi x leh kuar. Die nak mula nak bengang. Aku cakap lagi, nak jumpe boleh, tapi boleh tak jumpe petang2 sikit. Aku tak cakap pun tak nak jumpe die. Aku memang tak larat giler pagi tu.. Lepas aku cakap macam tu, terus lah die naik bengang menyalahkan aku tak tepat janji la,. Menyusahkan die terpaksa balik  kg la. n macam2 lagi la die duk kata kat aku. Dia memang menyalahkan aku 100% pasal tak boleh jumpe die.

Dia tak faham ke yang aku demam sampai nak pengsan. Dia masih duk salahkan aku.
'MAMAT' yang macam ni ke nak dijadikan SUAMI?? Ada dia kesah sakit pening aku, susah payah aku. Apa yang dia tau menyalahkan aku. Aku cukup benci lelaki macam ini. Cukup lah perkenalan sementara dengan dia menjadikan pengajaran buat aku. Tutuplah sudah kamus hidup lelaki yang macam ni dalam kamus hidup aku.

Kalau korang berhadapan dengan manusia jenis macam ni?? Apa reaksi korang?? adakah sama dengan saya??

p/s: Nilai dahulu baik buruk seseorang itu sebelum dijadikan teman hidup.Pilihlah yang paling baik daripada yang terbaik.

3 comments:

  1. kapel tak bermakna anda harus berada di bawah telunjuk pasangan.:)

    pilih la betul2 ya.. pilih hati bukan rupa.

    anggapla ini pengalaman awak untuk lebih matang dalam soal percintaan.:)

    salam kenalan dari pendamba

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas nasihat anda...
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete