CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Monday, May 16, 2011

Guru Oh Guru

Assalamualaikum

Entri yang bakal saya tulis hari ini adalah berkaitan dengan 'Guru'
nak tahu kenapa?? (woit! semua orang pun tahu la ko nak tulis sebab)
Saya tak kira orang nak kata apa. Inikan blog saya.
Sebab saya nak tulis pasal guru adalah disebabkan hari ini merupakan hari yang paling bersejarah buat semua guru- guru di Malaysia iaitu "HARI GURU"

Oleh itu saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru- guru dan juga bakal guru di seluruh Malaysia. Moga- moga dengan sikap ketabahan dan kecekalan anda sepanjang mendidik anak bangsa kita akan sentiasa dihargai.

Cewah!! berpatriotik nampak..( sekali- sekala..hehe)

Berkenaan dengan entri ini.. kalau saya nak cerita berkenaan semua guru- guru saya rasa samapi esok pagi pun tak abih. Memang banyak sangat story saya dengan cikgu saya... al maklum la saya ni kan budak nakal. Mestila banyak bawak masalah dekat bekas guru saya

Tak pelah di sini ingin saya ingin kongsikan lirik lagu

"Guru Malaysia"
Lagu ini memang wajib dinyanyikan oleh semua para guru pabila hari guru. Memang tiap- tiap tahun saya akan mendengar guru menyanyikan lagu ini..
tapi tak tahu la sekarang camna..still nyanyi ke tak ek??



Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Saya ucapkan SELAMAT HARI GURU!!!!

No comments:

Post a Comment