CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Thursday, May 19, 2011

Aku Dalam Dilema Dunia Pekerjaan

Assalamualaikum

Aku dalam dilema...
Aku dalam dilema..
Aku dalam dilema...
Aku dalam dilema...

Dah cukup!!
Macam orang gila dibuatnya.
Tak gila cuma tertekan sikit je.
Aku sekarang ini dalam dilema, nak tahu kenapa?apa? bagaimana?siapa? di mana?

Hambik kau habih sume ko aplikasikan 5W 1H..Korang masih ingat lagi tak 5W 1H iaitu salah satu teknik digunakan untuk menulis karangan yang baik 5W 1H yang merupakan singkatan bagi "WHO,WHY,WHEN, WHERE,WHAT and HOW". Kesemua ayat tanya ini digunakan untuk menghasilkan sebuah karangan yang menarik.

Aish! sempat lagi menyimpang tajuk lain. Objektif sebenar nak cerita masalah dilema...dia duk cerita pasal tips- tips membuat karangan pulak..hehe..iklan jap.

Aku sekarang dilema sama ada nak keje di KFC atau pun di TF aka tempat keje lama aku.
Semenjak bermulanya cuti semester ini, aku bermula la nak menghidu-hidu  mencari- cari keje2 kosong.. tetapi tup2 pasaraya TF aka tempat keje lama aku panggil aku. tetapi aku tak bagi kata putus lagi. Aku ingat nak mencuba keje lain pulak selain menjadi cashier.
Aku mintak keje di Klinik tetapi mereka memerlukan pekerja tetap..Aku ni kerja sementara je. Aku pergi tadika, nursery dan lain2 sume nak keje tetap.

Last2 saje2 la pegi apply kat KFC, saja mencuba nasib, kebiasaan kalau keje dekat fast food susah dapat. Kalau ada cable baru senang dapat. Jadi saja la gatal mulut ini tanya keje kosong. Ingatkan kena isi borang dulu lepas tu terus balik, rupa-rupanya terus interview on the spot. Lepas interview pulak, terus dapat keje.
Terperanjat sekejap depan manager tu..huhu

Tapi yang menjadi dilema sekarang sama ada nak keje di TF atau pun KFC sebab...
i) keje di TF lebih ringan berbanding di KFC memandang saya ada masalah tulang belakang
ii) kalau keje di KFC, keje weekday..at least weekend bleh rehat..tapi kalau di TF bleh kata hari- hari..susah dapat cuti.
iii) keje di KFC keje shift, mula2 memang kena shift malam dulu masuk 7 pm- 3am. bagi aku yang kaki tidur ni takut bermasalah sikit dan kalau shift tak tetap susah nak arrange jadual. kalau di TF masuk 9am- 10pm dan memang tetap

antara banyak- banyak prob kata atas itu, probs yang tak boleh dipertimbangkan adalah prob no '(i)'. Aku tahu kalau permulaan keje di KFC mesti banyak buat keje2 berat seperti mengemop lantai, mengangkat barang berat, dll keje2 berat la. Kalau ikutkan memang aku no prob, tetapi memandang aku sekarang ada masalah tulang belakang yang menyebabkan doktor melarang menyertai mana2 aktiviti lasak.
Dan disebabkan itu juga, banyak kem2 yang dapat aku ikuti atas nasihat doktor..hukhukhuk cedey...

sekarang aku dalam dilema..nak keje KFC or TF..or tak keje langsung...

Korang pernah dilema?? ce citer ce citer??

2 comments:

  1. saya saran an jgn keje kfc..
    sbb sy ad pngalamn keje kat kfc 2 thon..
    keje kat kfc mmg brat2 belake tp tu department dapor..
    klu department customer servise ringan skit..tp ad gak la angkat2 brng2 ni..

    ReplyDelete
  2. thanks bg nasihat...mmg x jd keje kfc pun stelah ditimbang tara kan..hehe

    ReplyDelete