CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Monday, May 30, 2011

Tumit anda Sakit??jumpa saya...

Assalamualaikum...

dah lama tak mengupdate blog ni. dah berabuk dah pun..
fuh..fuh..tiup habuk....hah.bersih pun.

Hari ini tiba- tiba rasa nak tulis pasal kesihatan. Al- maklum la bila cuti lama ni..mula lah duk kerja ternak lemak je kat rumah. Bila dah ternak lemak, mula lah datang macam- macam penyakit. Sakit itu la..sakit ini la...

Hah. hari ini saya nak bincang sikit pasal sakit tumit. Anda pernah berasa sakit tumit?. Kalau yang tak pernah rasa...meh nak bagi tahu. Sakit tumit ini memang la ramai individu pandang remeh. Tapi bila sakit itu dah menyerang, nak jejak tanah pun tak mampu. Rasa macam jejak atas pisau yang tajam je. Sakit nye menyucuk-nyucuk. Sangat sakit. Dalam nama lain sakit tumit sering disinonimkan dengan


Kebiasaan sakit tumit selalu dihadapi oleh individu yang berumur 40- 60 tahun. Bagi sesiapa yang membaca ini, walaupun korang tak merasai lagi. Pasti ada mak atau ayah korang kena. Sakit tumit sering mempengaruhi individu seperti ini:


  • faktor penuaan
  • obesiti
  • golongan pekerja yang banyak melakukan pergerakan
  • tapak kaki leper
Punca sakit tumit ini ialah plantar fasciitis yang membabitkan keradangan pada tisu plantar fascia. Plantar fascia ialah sejenis tisu yang terletak di bawah tapak kaki yang bermula dari ibu jari kaki sehingga tumit.

Rawatan yang diperlukan??
Ada beberapa cara mudah. Pesakit dinasihatkan tukarlah kasut anda tu. Pilih kasut yang mempunyai permukaan yang lebih lembut. Bagi kaum perempuan, elakkan pemakaian kasut tinggi untuk tempoh terlalu lama.

Selain itu, pesakit juga boleh meletakkan ketulan ais pada tumit. Dengan cara ini dapat meredakan keradangan pada tumit tersebut.

Seterusnya, boleh juga melakukan senaman. Tetapi untuk senaman ini, lebih dengan pemerhatian ahli fisioterapi untuk mengelakkan berlaku kecederaan yang tak dapat dielakkan.

dah akhir sekali, anda disarankan berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan seterusnya. TERSERAH KEPADA YANG PAKAR.

Setakat ini sahajalah sesi konsultan daripada saya..

Sekian..

No comments:

Post a Comment