CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Thursday, May 26, 2011

Kisah Ulat Beluncas dan Rama-rama

Assalamualaikum

Hari ini mood saya agak baik. Walaupun saya bangun agak lambat. Bermakna tidur saya cukup. Hehehe..
Tapi bukan bermaksud saya terlepas Subuh. Saya still bangun untuk solat Subuh kerana menunaikan solat lima waktu merupakan kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Tetaspi disebabkan mengantuk yang teramat sangat. Saya gi sambung tidur pulak lepas solat Subuh. Padahal orang kata tidur selepas Subuh, menyebabkan pintu rezeki kita tertutup. tak elok tau tidur selepas Subuh, jangan ikut macam saya.

Aih..sempat lagi buat kelas fardu ain pulak tengah- tengah hari ini. Tujuan saya tulis entri kali ini sebab nak kongsi story dengan korang semua. Korang pernah dengar tak cerita Ulat beluncas dan Rama-rama??

Kalau tak pernah, jom kite kongsi sama-sama.

"Ada seorang lelaki yang meminta rama-rama dan bungan daripada Allah. Setiap hari dia berdoa supaya Tuhan memakbulkan doanya. Dia sangat- sangat berharap dia akan memperoleh rama-rama dan bunga. Namun pada satu hari, Allah bagi dia pokok kaktus dan ulat beluncas. Lelaki itu sangat kecewa. Dia merintih kenapa Tuhan beri dia ulat beluncas dan pokok kaktus, padahal dia meminta rama- rama dan bunga. Semenjak itu, dia telah berhenti berdoa. Dia sangat kecewa dengan Tuhan. Lalu, dia membiarkan sahaja ulat beluncas dan pokok kaktus kerana doanya tidak dimakbulkan dan tanpa sedar masa berlalu. Detik demi detik, minit demi minit...
Sehinggalah satu hari itu, pokok kaktus itu mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan juga ulat beluncas itu telah menjadi rama-rama yang berwarna-warni dan menawan.. Dan pada masa itulah dia sedar yang dia telah tersilap. Dia bersyukur teramat sangat dengan pokok kaktusnya yang telah berbunga dan juga ulat beluncasnya yang telah pun menjdai seekor rama- rama. Pada masa itu dia sedar yang Allah masih lagi memakbulkan doanya walaupun dengan cara yang dia tidak suka"

pengajaran daripada cerita tersebut: 'Tuhan telah memberikan kita sesuatu walaupu  kita tidak suka walhal sebenarnya apa yang kita tak suka itulah yang menggembirakan kita'

Selamat membaca!! apa komen korang??

No comments:

Post a Comment