CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Friday, May 20, 2011

Sesiapa yang Berkenaan, silalah tampil ke hadapan

Assalamualaikum

Entri kali ini saya ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja, sekiranya saya ada melakukan kesilapan yang disengaja dan yang tak disengaja...
Saya telah terbaca 1 shoutout box saya...dan saya berasa sangat sangat terkilan dan tersentap dengan apa yang di'shout' kan..
dan bagi entri ini saya ingin memohon
"KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN, SILALAH TAMPIL KE HADAPAN"

saya meminta orang yang berkenaan, berterus teranglah dengan saya. Saya lebih suka berterus terang daripada duk sindir- menyindir ni. Mungkin saya tidak sedar saya telah terhutang dengan seseorang itu, oleh itu saya memerlukan orang itu supaya terus mengingati saya. Saya juga seorang hamba Allah yang mudah lupa dan tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan, oleh itu Allah menjadikan kita supaya saling mengingati.

Saya memang perlu menjelaskan sebarang hutang, kerana saya sendiri pun tidak suka berhutang. Mungkin ini adalah salah satu perkara yang saya terlepas pandang. Oleh itu, saya memohon supaya sesiapa yang masih lagi saya berhutang dengannya, tampil ke hadapan dan memberitahu supaya saya dapat melangsaikan hutang saya secepat mungkin.
Mati tidak menunggu kita, mungkin esok atau lusa ataupun bila- bila hanya Allah yang mengetahui. Saya tidak mahu kerana hutang saya di dunia tidak dilangsaikan menyebabkan saya terpaksa bersoal jawab di kemudian. hari. Oleh itu, sekali saya memohon kepada sesiapa yang berkenaan beritahu saya, supaya memudahkan 'perjalanan' saya kelak.

No comments:

Post a Comment