CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Thursday, May 19, 2011

Cerpen: Takdir Menemukan Kita

Selesai sahaja barang- barangnya diangkut ke stor, Miera menaiki semula ke biliknya bagi memastikan kesemua barangnya telah habis diangkut dan disimpan ke dalam stor. Miera mengeluh, “ Huh, akhirnya terang jugak bilik ini aku kerjakan. Nampak seperti mula- mula aku masuk dulu”. Miera pun menjenguk ke luar tingkap dan melihat masih terdapat beberapa orang pelajar yang masih lagi sibuk mengangkat barang ke dalam stor.

Miera mengerling ke arah jam tangannya, “ Hm, baru pukul 5. Teksi nanti datang pukul 7, baik aku pergi mandi dulu.”. Dia pun terus mencapai kelengkapan mandinya dan melangkah ke bilik mandi. Selesai sahaja bersiap, dia melihat jam baru menunjukkan pukul 5.45 petang. Tiba- tiba mata ini terasa berat pula, dalam dia tidak sedar dia telah terlelap.
I want nobody nobody but you
I want nobody nobody but you
nandareun sarameun silheo
niga animyeon silheo
I want nobody nobody nobody nobody

“Hello, siapa ni?”, dengan suara mamainya dia menjawab. “ Assalamualaikum, dik, ni pak cik Zaki. Betul ke adik tempah teksi pukul 7 yang nak seksyen 17? Adik duk kat mane lor ni?” Miera terus mengerling jam tangannya, Ya Allah! Dah pukul 7 macam mana boleh tertidur, getus hatinya. “ Ya, ya pak cik saya tempah, pak cik tunggu saya kat depan kolej Mawar. Kejap lagi saya turun. Minta maaf ek pak cik”. Miera mematikan talian. Terus dia mengenakan tudung diatas kepala dengan tergesa- gesa sambil dalam hatinya merungut pasal tertidur tadi. Miera mengangkat begnya yang agak berat itu ke aras  bawah dan membawanya ke arah teksi, pak cik teksi itu tanpa berlengah masa terus menyambut beg tersebut dan menyimpannya ke dalam boot kereta. Miera pun terus duduk di tempat duduk belakang dan terus pak cik itu meneruskan pemanduannya ke destinasi yang di tuju.

Sepanjang perjalanan, hanya bebelan dj di radio sahaja yang menemani mereka. Sesekali Miera ternampak kelibat pak cik itu mengerling ke arahnya melalui cermin pandang belakang. Miera malas nak berfikiran negatif, ‘pandang kereta belakang agaknya’, desisnya dalam hati. Pukul 7. 40 malam, mereka pun sampai ke stesen bas seksyen 17. Tanpa berlengah terus Miera berkejar ke kaunter untuk bertanya sama ada basnya yang pukul 8.30 sudah sampai ke belum. “ Bas pukul 8. 30 ke Kuantan dah sampai ke belum?” “Ha..belum sampai lagi dik, kalau sampai nanti kitorang buat pengumuman” “ Terima kasih ek”, Miera menjawab. Miera terus berpaling ke belakang dan secara tidak sengaja dia telah terlanggar seorang lelaki dan telah menyebabkan beg yang berat itu telah terhempap  di atas kaki lelaki kaki tersebut.

“Ouch!”, lelaki itu menjerit terus menunduk untuk melihat keadaan kakinya. Miera sudah menggetap bibir. “Sorry, saya tak tersengaja. Saya tak perasan awak belakang saya tadi.” Lelaki itu bangun dan terus memandang Miera dengan muka bengisnya. Miera terpana sebentar dengan raut wajah lelaki tersebut  mampu mengusik hati wanitanya, walaupun tidaklah seputih mana tetapi masih nampak kemerahan akibat menahan kesakitan yang dialaminya. Miera sedar yang beg trolinya tersangatlah berat.

“ Sorry je awak cakap? Awak ingat dengan sorry awak tu boleh hilang ke sakit saya ni?? Hah!?”. Soalnya dengan muka yang menjengkelkan. Miera tersedar kembali daripada khayalan yang direkanya sendiri tadi. “ Habis tu, awak nak suruh saya  buat apa? Dah memang saya tak perasan awak belakang saya, saya bukannya ada mata kat belakang. Lainlah kalau kot- kot awak ni makhluk asing boleh ada mata kat belakang pulak”,jawabnya dengan selamba. Berdesing telinga lelaki itu apabila mendengar jawapan Miera. ‘ Kita marah dia, dia marah kita balik, boleh tahan minah ni’ getusnya dalam hati. Lelaki itu tersenyum sinis, “ Kalau awak tolong lapkan kasut saya ni ke tiup ke, tak pe jugak. Tengoklah habis berdebu kasut saya buat dek di beg roda awak yang berdebu itu”. Miera sudah menjegilkan matanya, “ Apa awak cakap!? Lapkan kasut awak!? Kasut tak sedang mana, kasut yang macam tu buat kucing saya tadah kencing je tau tak!”. Tanpa berlengah terus Miera beredar sambil itu sempat lagi dia menguis debu pasir di jalanan ke kasut lelaki tersebut. Puas hatinya. Lelaki itu terperanjat dengan jawapan dan tindakan yang dilakukan oleh perempuan tersebut, belum sempat dia hendak membalasnya. Perempuan itu telah pun meninggalkannya. “Bikin sial ini perempuan!” , dia mengomel sendirian.

Setelah perempuan itu hilang dari pandangan, perhatian dia kembali kepada keadaan sekeliling. Dia melihat perkarangan stesen sudah semakin sesak dengan orang. Masing- masing sibuk menarik beg sambil itu sempat lagi dia teringat kembali peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi. ‘Macam mana lah boleh jumpa dengan dia, tak sangka dia perempuan macam itu sekali, mulut tak boleh tahan. Sesekali nak juga kena sumbat dengan kasut aku ni. Hehehe’ dia bermonolog. Dia mengerling di jam tangan dan baru teringat yang dia belum lagi menunaikan solat Maghrib. Tanpa berlengah terus dia menuju ke surau untuk menunaikan kewajipannya kepada Yang Maha Esa.
**********************************
Jam sudah menunjukkan pukul 8.30. Miera sudah bersiap sedia untuk menaiki bas. Tidak lama kemudian pengumuman pun dibuat memberitahu yang bas Transnasional yang menuju ke Kuantan pada pukul 8.30 malam telah pun tiba. Miera bergegas ke arah bas tersebut dengan tujuan dapat merebut ruang isi bagasi . Kebiasaan musim cuti semester ini agak sukar untuk mendapat ruang untuk mengisi beg di ruang mengisi bagasi di bahagian bawah itu. Akhir-akhir terpaksa mengangkut beg ke ruang atas dan menyempitkan tempat duduk . Oleh itu, Miera cepat- cepat menghulurkan beg trolinya kepada orang yang menjaga ruang mengisi beg. Beg dia pun selamat diletak dan dia terus masuk ke dalam perut bas dan mengambil tempat duduknya di tepi tingkap mengikut di nombor yang tertera di tiketnya.

Miera memasang mp3 kesayangan yang berwarna pink sambil membuka majalah. Ketika dia sedang leka mambaca majalah, tiba- tiba dia terasa bahunya dicuit dan terdengar suara garau menegurnya, “ Hai, seorang je?”. Miera cuba tidak mengendah suara itu dan meneruskan pembacaannya. Gatal! getus hatinya. “Nak balik mana? Baca majalah apa tu?” suara itu terus lagi mengganggunya. Kali ini Miera menguatkan volume mp3nya supaya tidak kedengaran lagi suara yang annoying itu. “Awak ini pekak ke apa? Saya tanya, sepatah pun tak jawab”, lelaki itu sudah mula bengang. Kali ini Miera menjawab, “Suka hati saya la nak jawab ke tak nak, yang awak sibuk apasal”. “Tak pekak, tak bisu rupanya. Ingatkan duduk sebelah OKU dah tadi”, lelaki itu ketawa kecil. Miera mula bengang. Rupanya sepanjang adegan tadi ada orang memerhati. Sebelum sempat Miera naik berang nak menjawab, ada orang mencelah. “ Maaf ek, saya rasa encik ini telah duduk tempat saya, tempat saya 17C dan saya rasa tiket encik 17B. Cuba encik check balik tiket encik. Sebab tempat yang encik duduk ini 17C”. Lelaki cepat- cepat mengeluarkan tiketnya di dalam kocek seluarnya dan memang betul dia sudah tersalah tempat. Cepat- cepat dia bangun untuk mengambil tempat duduk yang sepatutnya. Sebelum sempat dia berpindah dia disound, “lagi pun saya ‘abang’ kepada perempuan kat sebelah itu”, walaupun perlahan namun tegas bunyinya. Berubah air muka lelaki tersebut dan cepat- cepat beredar dari situ. Miera berasa lega kerana lelaki gatal itu telah pun beredar.

Lelaki yang menegur tersebut terus mengambil tempat disebelah Miera. Alangkah terperanjatnya Miera bahawa lelaki disebelahnya sekarang ini adalah lelaki yang kena hempap dengan begnya tadi. Haish! Macam mana mamat ini boleh sama bas dengan aku pulak ini. Sebelah aku pulak tu, omelnya dalam hati. Miera berpaling ke arah lelaki tersebut dan tersenyum sumbing dengan niat hati nak ucap terima kasih tetapi saat pandangan mereka bertaut, tiba- tiba Miera terasa debaran di hatinya menyebabkan dia tidak mampu untuk mengucapkan terima kasih. Cepat- cepat Miera berpaling ke tingkap. Lelaki itu tersenyum.
“Nak ucap terima kasih ke?”, tiba- tiba lelaki itu bersuara. Hish! Macam tau je aku nak ucap terima kasih, omelnya dalam hati. “Tak delah, tak de maknanya nak ucap terima kasih kat orang macam awak. Lagipun tadi bukan hal besar pun”, jawab Miera dengan sinisnya. Lelaki itu hanya mampu tersenyum. Miera pun malas nak meneruskan perbualan lagi.
********************************
Kesunyian menyelubungi mereka berdua. Hanya bunyi deruan bas yang kedengaran. Ramai penumpang lain yang telah pun tidur. Miera masih lagi tidak dapat melelapkan mata. Dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap dan mendapati hanya sebuah permandangan yang gelap. Bukan boleh nampak apa pun dalam gelap, omelnya dalam hati. Tiba- tiba terimbau kembali perbualan dia dengan maknya di kampung seminggu yang lepas.
“Assalamualaikum, mak. Mak sihat?”
“Waalaikumussalam, Miera. Alhamdulillah, mak sihat. Miera pulak macam mana? Bila Miera nak balik sini? Berapa lama cuti?”
“Banyak betul soalan mak ni. Miera macam biasa la sihat. Balik? InsyaAllah dalam seminggu lagi Miera baliklah. Cuti lama mak kali ini dalam 3 bulan lebih”
“Owh baguslah macam tu. Sempatlah kita buat kenduri semua”
Miera terpinga- pinga, “Kenduri apa mak?”
“Kenduri kamu lah.Hujung bulan ini.Mak dah sediakan semuanya.Tunggu kamu je pulang. Majlis bertunang sekaligus dengan majlis akad nikah kamu.” Jawab mak dengan selamba.
Berubah air muka Miera. Serta- merta mengalir air hangat di pipiku tanpa sempat diseka.  “Mak….sampai ..hati..mak tak berbincang dengan Miera dulu….Sampai hati mak membelakangkan Miera.” Teresak-esak Miera bersuara. “Mak..ini soal masa depan Miera mak….Kenapa mak buat Miera macam ini?? Kenapa?!!! “ soalku separuh menjerit. Nasib baik tiada sesiapa di dalam bilik.
“Mak buat semua ini demi masa depan juga. Mak harap pilihan mak ini pilihan yang tepat. Mak dah pernah jumpa dia, orangnya baik dan soleh dan mak mengenali ahli keluarganya. Mereka merupakan daripada keluarga yang baik- baik. Mak yakin yang pilihan mak ini boleh membawa kebahagiaan Miera di dunia dan di akhirat” jawab mak dengan lancar. “Tetapi mak, kenapa perlu secepat ini? Kenapa tak tunggu Miera tamatkan belajar dulu? Miera tinggal masa setahun je lagi untuk habis…Mak…Miera tak boleh terima cadangan mak”. Suara Miera separuh merintih. “ Miera tak boleh, tak boleh, tak boleh mak terima cadangan mak ini. Miera belum bersedia untuk melangkah ke dunia rumah tangga. Miera belum bersedia untuk menjadi seorang isteri.” Rayu Miera lagi.
“ Mak tidak kira. Mak dah tetap dengan keputusan mak dan tidak sesekali akan berganjak daripada keputusan mak ini.Mak dah pun terima pinangan daripada pihak sebelah sana. Mak tetap juga nak langsungkan perkahwinan kamu!” Suara mak sudah meninggi. “Mak ingin melihat kamu bersanding sebelum mak menutup mata untuk selama- selamanya. Itu sahaja hajat mak buat kali terakhir. Mak minta tolonglah Miera laksanakan” suara mak sudah semakin perlahan. Miera sudah bungkam. Miera sudah kehilangan kata- kata. Semakin laju air matanya mengalir, “mak…..jangan cakap macam tu..Miera tak nak dengar mak cakap macam itu”. Miera terdiam seketika. Miera meneruskan kata- kata, “ Baiklah, Miera setuju dengan cadangan mak”.Miera sudah tidak mampu untuk berkata-kata.
“Baguslah kalau macam itu. Mak harap majlis ini nanti boleh berlangsung dengan lancar dan mak sentiasa mendoakan kebahagiaan Miera. Mak tidak akan sesekali menghancurkan hidup anak mak”. Jawab mak dengan tenang.
 “ Ehm, ok lah mak kredit Miera nak habis ini. Nanti kita sambung berbual lagi. Assalamualaikum”, bohong Miera. “ Waalaikumussalam”.
Tanpa sedari air matanya telah mengalir dan hentakan bas melalui jalan yang berlubang itu menyebabkan Miera kembali ke alam realiti dimana dia masih lagi di dalam bas. Apabila menyedari pipinya telah basah, cepat- cepat dia mengesat  mata dan pipinya menggunakan hujung pergelangan bajunya. Tiba- tiba ada seseorang menghulurkan sapu tangan disebelahnya.Tanpa berfikir terus dia mengambil dan mengelap matanya. Seterusnya ada pula huluran air botol dari sebelahnya manakala kali ini Miera menolak.
 “Izham, Shahrul Izham” tiba- tiba lelaki sebelahnya bersuara sambil menghulurkan tangan.  “Miera, Miera Diyana” sambutku tetapi membiarkan sahaja tangannya tidak bersambut. Izham pun menarik balik tangannya.
“Balik Kuantan ke?” Izham memulakan perbualan. Miera sekadar mengangguk. “Kuantan, dekat mana?” sambungnya lagi. “Sungai Isap”, jawabku sepatah. “Nanti turun kat terminal ke kat tepi jalan?”tanyanya lagi. “Dekat terminal. Nanti parent datang ambil”.Sepi kembali.
Sorry…I mean sorry pasal kat stesen tadi. Saya tak bermaksud pun apa yang cakapkan tadi” Izham menyusun kata- kata.
“Ehm..it’s okay. It’s nothing to worry about. Just small matters. I also wanna say sorry to you”, balas Miera dengan senyuman di bibir nipisnya.
Terpaku sebentar Izham melihat senyuman itu. Mereka meneruskan perbualan sambil bergelak ketawa perlahan supaya tidak mengejutkan penumpang lain. Tiba- tiba telefon Miera berdering menandakan ada panggilan masuk. Perkataan  ‘Adik Yaya’ tertera di telefon bimbitnya. Miera sudah tidak sedap hati.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam, kak. Ini Yaya. Akak kat mana tu?”
“ Akak dalam bas. On the way balik. Kenapa Yaya?” soal Miera cemas.
“Akak cepat balik. Mak pengsan malam tadi kat dapur. Mak kena hypertension. Kitorang semua ada dekat hospital. Nanti kalau akak sampai Kuantan akak terus straight ke hospital.” Beritahu Yaya. Berderau darah Miera apabila mendengar berita tersebut. Air jernih sudah mula mengalir di pipinya.
“Baiklah. Nanti akak terus ke hospital bila akak sampai nanti. Yaya jaga mak elok-elok ek”, pesan Miera.
“InsyaAllah kak. Akak pun jaga diri, Assalamualaikum”. “Waalaikumussalam”.
Air mata terus- terusan mengalir tanpa disuruh. Tersedu- sedan Miera menangis. Izham memandang simpati. Sememang kalau boleh ingin sahaja dia menarik Miera ke dalam pelukannya. Tapi dia masih lagi waras. Miera masih lagi dalam tangisannya. Izham tanpa sedar sudah pun memeluk bahu Miera untuk menenangkannya. Miera tidak pula menepis malahan berasa lega  dengan keadaan begitu.
 Setelah tangisannya reda. Izham menghulurkan air botolnya dan Miera terus menyambut. Miera memulangkan semula setelah selesai minum, “ thanks”. Miera tersenyum hambar. Izham menyambut  botol sambil membalas senyuman.
********************************
Sampai sahaja Kuantan terus Miera mengambil teksi ke hospital menempatkan maknya itu. Sesampai di hospital terlihat maknya terbaring di atas katil. Miera mendekati maknya.
“Mak, Miera dah sampai”.
“Miera dah sampai. Baguslah. Lega hati mak tengok Miera depan mata mak.” Tenang mak berkata.
“Miera baru je sampai, tengok beg pun tak sempat hantar ke rumah lagi”. Kata Miera sambil menunjukkan bagasi nya.
“Miera…mak nak cakap sesuatu. Mak ingat mak nak cepatkan tarikh nikah kamu. Dua minggu depan kamu akan diijab kabul. Harap Miera tak ada masalah.” Mak mengutarakan hasratnya. Miera hanya menggeleng. “Mak, mak tak payah risau la pasal Miera. Miera tak ada masalah pun. Miera dah redha dengan ketentuanNya. Mak sibuk sangat dengan majlis Miera, tengok kan mak sampai tumbang- tumbang mak dibuatnya”, seloroh Miera cuba untuk memulihkan keadaan.
*************************
Masa berlalu dengan pantas. Hari ini genap dua minggu Miera berada di rumah. Orang semua sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya. Miera memerhatikan dirinya di cermin yang sudah tersarung pakaian pengantin. Sebentar lagi rombongan pengantin lelaki akan tiba. Dengan penuh debaran Miera menunggu. Miera memanjatkan doanya agar semuanya selamat. Tiba- tiba Yaya masuk ke dalam bilik.
“Cantik akak hari ini. Makin berseri-seri Yaya tengok. Bagai bulan dipagar bintang” puji Yaya dengan selorohnya.
Over betul Yaya ini puji akak. Tak ada sampai macam tu sekali. Memang akak cantik, dah akak pengantin mestilah lebih cantik daripada orang lain. Kalau tak, tak lah nama pengantin,” gurau Miera. Yaya sudah pun ketawa.

Sedang dia bergurau senda dengan Miera, rombongan lelaki pun sampai. Debaran hati Miera semakin kuat. Jantung Miera berdegup semakin kencang. Miera menanti dengan penuh sabar di dalam bilik. Tidak pernah sekali pun dia melihat bakal suaminya. Wakil walinya sudah pun masuk ke bilik untuk minta tandatangannya. Tanpa memandang terus Miera menandatangan. Tidak lama kemudian, kedengaran sah akad nikah yang telah diucapkan oleh seorang yang telah pun menjadi suaminya. Serentak dengan itu, air mata hangat itu mengalir tanpa diseka. Air mata yang tak dapat ditafsirkan.

Tidak lama selepas itu, pengantin lelaki masuk ke dalam bilik untuk upacara pembatalan air sembahyang dan berada dihadapan Miera. Miera masih lagi tidak mengangkat wajah. Pengantin lelaki itu menyarungkan cincin ke jari manis Miera lantas Miera pun menyalam dan mencium tangan lelaki tersebut sebagai tanggungjawabnya terhadap suami. Sebaik sahaja Miera mengangkat muka. Alangkah terperanjatnya bahawa lelaki yang dinikahinya adalah Shahrul Izham! Ya Allah! Adakah ini takdir telah menemukan kami?
Izham sudah tersenyum terus mencium dahi Miera dengan penuh kasih sayang. Semua bertepuk tangan dengan gembira melihat kedua pasangan tersebut. Mak yang berada di sisi Miera telah pun mengalir air mata kegembiraan. Alhamdulillah segalanya selamat. Majlis berjalan dengan lancar.
******************************
Malam itu ketika Miera selesai menunaikan solat Isyak, Izham masuk ke dalam bilik. Jam sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi. Miera pun bersiap- siap untuk tidur. Miera sekadar memakai baju tidur berwarna merah jambu dan melepaskan rambut paras bahu itu. Cantik, desis Izham dalam hati. Izham mendekati Miera.
“Miera” panggil Izham.
“Kenapa Iz?”soal Miera.
“Erm. .boleh tak panggil Iz, abang?”. Miera sekadar tersenyum. “Baiklah, abang.”Miera akur.
“Abang nak air ke?” soal Miera. “Tak pa lah, abang tak nak air. Abang nak…” belum sempat Izham menghabiskan ayatnya. Miera menyampuk, “ Abang nak apa?”.
“Abang nak sayang, boleh?” Izham sudah tersengih nakal.
Berubah muka Miera. Dia kehilangan kata- kata. Sebenarnya dia malu nak berhadapan dengan Izham sebagai suaminya. Dia bertanya kembali “ Nak apa abang?”. Sekadar menguji keberanian suaminya.
“Nak sayang lah.” Serentak itu Izham menarik Miera ke dalam pelukannya. Hampir separuh menjerit Miera dibuatnya. “Shh!!  Jangan menjerit nanti orang lain bangun”, bisik Izham betul- betul di telingaku. Izham begitu rapat denganku sehinggakan dapat merasakan kehangatan nafas Izham di telingaku.
“Jahat tau. Abang buat Miera macam ini. Suka hati je peluk-peluk orang”, sahaja Miera marah manja. “Alah, abang peluk bini abang juga. Bukannya orang lain.”jawab Izham sambil mencuit pipi gebu isterinya.
“Miera malu tau, abang buat Miera macam ini”, pipi Miera dah pun merah. “Eleh, hari tu dalam bas abang nak peluk Miera macam ini tak da pula Miera nak malu- malu”, ejek Izham.
Hampir terbeliak biji mata Miera apabila mendengar kenyataan itu. Miera merenggangkan sedikit pelukan Izham. “Oh, hari itu abang nak peluk Miera macam ini la ek? Kalau abang peluk Miera macam ini masa hari itu. Mahu lebam biji mata abang itu” katanya sambil mengenggam penumbuk di depan Izham.
“Alah, abang masih waras lagi lah masa itu. Takkanlah nak peluk anak dara orang tengah- tengah orang macam itu. Gila apa! Tapi kalau peluk sekarang takpalah kan”, terus dia menarik Miera ke dalam pelukannya. Miera tidak pula menolak malahan berasa selesa di dalam dakapan lelaki tersebut.
“Abang, nak tanya boleh?”soal Miera tiba- tiba.
“Apa dia, sayang?”, jawab Izham. “ Nak tanya macam mana abang dah boleh jatuh cinta dengan Miera, padahal ini baru kali pertama kita berjumpa?” ragu Miera.
“ Kali kedua, sayang. Tak ingat ke kita dah jumpa kat stesen bas hari itu” duga Izham. Miera mengangguk. “Lagipun sebelum kita berjumpa dekat stesen bas itu, abang dah kenal Miera sebenarnya. Mak yang kenalkan. Mak yang tunjukkan gambar. Masa kali pertama abang terpandang wajah Miera, hati abang dah pun terpaut. Mungkin ini yang dikatakan jodoh. Masa dekat stesen hari itu, abang ada reunion kat Kuantan. Biasanya abang bawa kereta kalau pergi mana- mana. Entah kenapa masa itu abang malas nak bawa kereta dan tergerak hati nak naik bas. Alang- alang terjumpa pula dengan sayang.Takdir telah menemukan kita berdua.Alik- alik tak pasal- pasal perang kecil sekejap dengan sayang. Boleh tahan ek garang sayang abang ni” terangnya panjang lebar dan sempat lagi dia mengusik dipengakhiran itu.
Miera melopong mendengar penerangan suaminya itu. “Ala, memanglah kena garang dah ada orang itu cari pasal dengan kita. Kasut punya hal pun nak kecoh”. Miera mencebik. Izham tersenyum sambil membelai rambut isterinya.
“Hah! Sayang pulak macam mana boleh tiba- tiba sayang kat abang ini?”soal pula suaminya. “Masa kita diijab kabul tadi”, jawab Miera ringkas. Izham terpinga- pinga, “ Betul ini?”.
Miera sudah pun meletakkan jarinya dibibir suaminya. Supaya tidak meneruskan kata-kata. “Abang tak perlu ragu-ragu dengan Miera. Miera sayang abang di saat abang sah menjadi suami Miera dan Miera takkan sesekali berpaling dari cinta abang. Takdir juga telah menemukan kita sebelum ini dan menguatkan lagi cinta Miera pada abang.”
Izham tersenyum mendengar jawapan Miera. Alangkah bahagianya dia kerana dikurnia isteri seperti Miera. Mereka berdua hanyut dalam bahtera cinta dan memanjat kesyukuran kepada Allah kerana telah menemukan mereka berdua.

*TAMAT*
p/s: harap enjoy baca karya saya ini dah sudi memberi komen supaya lebih banyak boleh saya perbaiki. Sekian terima kasih.






No comments:

Post a Comment