CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Saturday, May 7, 2011

Ko tengok!! Kan dah sedih...

Assalamualaikum..

Hari ni saje- saje je nak update blog..dah agak lama daha tak update blog ni..maklumla busy dengan kehidupan menghadapi final exam. Final exam telah pun tamat dah aku pun dah selamta berada di rumah sejak dua hari yang lalu. Pabila sampai saja di rumah hilang semua rasa gundah gulana di jiwa.

Aku bertekad cuti sem ni aku nak rehatkan minda..Minda aku dah terlalu penat nak menghadapi hari- hari yang terlalu busy..-_-..

tapi sebelum aku pulang ke rumah..aku sangat la sedih sebab paper terakhir aku...iaitu Mathematics of Radiation Science..Aku tak sangka soalan dia sesusah itu..aku buat soalan- soalan past year tak de la susah mane..tibe2 pada hari exam tu..Ya Allah hanya tuhan je taw...betapa senaknya kepala otak aku nak buat soalan tu..dah la kekurangan masa...huh..itu lah dugaan..tak semua di dunia ni mudah dan tak semua di dunia ni susah..betul tak??


Bila keluar je dari dewan exam tu..hati pun dah lega sebab dah selesai semua paper aku untuk semester 2 2010/2011 ini. Tetapi tiba2 je prof aku datang die pegi tunjuk skema jawapan yang dia buat sepanjang kitorang tengah exam tadi...(Yang aku ni satu hal...yang pergi tengok tu buat apa..)
Tiba2 aku terpandang dekat salah satu skema tu. Aku pun berfikir, " ada keluar ke soalan ni tadi??"...pahtu budak- budak ni semua duk berbincang pasal soalan yang aku musykil tu. Rupa- rupanya baru aku perasan yang aku tak buat soalan tu sebab aku tak perasan langsung kewujudan soalan..

Wargh!!! sangat sedih. kecewa dan terkilan..Dan di situ jugak air mata aku melimpah dari tubir mata dan mengalir hangat di pipi ku...( keluar dah ayat novel die tu..hehe) ...Betapa sedihnya...Tapi nak buat macam mane, andai kata menangis air mata darah sekali pun, bukan dapat bagi jawapan pun. Anggap la soalan tu tak de rezeki nak berjumpa dengan aku..huhu

Di sini pengajaran : jangan lah berbincang soalan exam pabila keluar dari dewan. Biarlah result akhir yang menentu kan segala nya...( tak sabar result full keluar 6 Jun ni)..

Tada...

No comments:

Post a Comment