CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Sunday, May 1, 2011

Hidup aku Di atas Roda..macam mana tue???

Assalamualaikum

Now tinggal 4 hari lagi 'gap' nak jawab paper last iaitu GTX 102 yang merupakan kod paper ' Mathematic for MEdical Radiation'..Hah betapa terseksanya jiwa dan raga untuk menghadapi hari- hari terakhir bagi semester 2 aku berada di USMKK tercinta ni.

Ok berbalik pada tajuk entri kita hari ni...
Korang rata- rata mesti pernah dengar kan ungkapan ini : "Hidup Kita ini Ibarat Roda"
Aku confirm la rata- rata mesti pernah dengar la at least once...

Ya, memang aku akui ungkapan tersebut...Hidup kita ini ibarat roda.. kadang- kadang kita berada di atas, tapi kena ingat bahawa tak selamanya kita hidup menongkat langit. Ada masa hidup kita mungkin berada di bawah, dan pada masa itulah hidup kita diuji dengan pelbagai dugaan. Dan pada masa itulah kita seharusnya mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri kita pada Yang Maha Esa.

Ambil iktibar di atas setiap perkara yang berlaku. Aku mengambil contoh atas apa yang dah berlaku dalam kehidupan aku sendiri.
 Pada masa aku kecil dulu( cuba tengok gambar kat kecik tu..tomey kan??)..(a'ah memang tomey pun)..haha puji diri sendiri..
hah masa aku kecil dulu, memang hidup aku mewah...siap ada orang gaji lagi...cuma drebar je yang tak de masa tu..memang semua yang aku nak semua aku dapat..seriusly memang hidup senang masa itu..maklumla tengah berada di atas...Bila umur aku meningkat, family aku dilanda masalah kewangan akibat masalah ekonomi yang melanda pada tahun 1997... Masa itu hidup kitorang 1 family memang sangat susah..nak beli beras pun kadang- kadang tak mampu. Masa itu lah kita dapat lihat orang sekeliling kita dan dapat menilai dengan sendiri mana yang baik dan buruk....Ibu ngan ayah aku la yang paling banyak menghadapi dugaan ketika itu. Tapi aku tabik spring pada mereka, kerana mereka masih tabah mengharungi hidup yang penuh liku- liku ini. Masa mengubat semuanya, dan sekarang ni Alhamdulillah aku dapat anggarkan yang kehidupan kitorang berada di tengah- tengah roda..nak kata senang sangat pun tak, nak kata susah sangat pun tak..Hidup secara bersederhana.

Itulah sedikit sebanyak tentang kehidupan aku. Pelbagai dugaan dan rintangan semakin mematangkan aku.. Harap korang semua dapat iktibar dari kisah aku dan kisah korang sendiri...
Harap korang dapat kongsi serba sedikit kisah hidup korang dengan aku..
 that's all..Luv u'all

No comments:

Post a Comment