CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Friday, October 22, 2010

many things happen

semalam aku pergi ke konsert amal. Seronok kan sambil pergi ke konsert sambil itu beramal..thanx to Zila dan Tasha kerana telah memaksa aku membeli tiket konsert amal tue...huhuhu
seronok sangat pergi ke konsert ini. Memperkenalkan kumpulan Far-East dan Fitri Haris


aku sangat minat fitri haris...beliau sangat hensem~!!..wah sangat teruja...aku suka jugak dekat pemain gitar beliau..namanya syafiq dr ukm...boleh tahan la muke die...hahaha
tapi yang paling unik nye si pemain alat muzik gendang tu..namanya hafiz...x boleh blah die..tangan die ada sepuluh agaknye...boleh die main alat muzik banyak...boleh dikatakan hampir berbelas alat muzik die mainkan semalam (tamak ke ape)..hahaha

Pukul 12....selesai je konsert semalam...tibe-tibe aku rasa dada aku rasa berat nak tarik nafas. Aku kebetulan nak ajak nurul teman kite pergi 'cucuk' duit kat atm...sampai je kat atm...nafas ku berbunyi dengan kuat. Nasib baik atm tu kat hospital. Alang- alang aku terus ajak nurul pergi ke bahagian kecemasan. Di bahagian kecemasan aku terus diberi nebulizer..(nak tahu pasal nebulizer boleh klik di sini)

(camni la keadaan aku sedut gas)
selepas sedut...aku rase lega sekejap..tapi selepas 10 minit dada aku terasa berat lagi nak tarik nafas...dan nafas ku berbunyi...doktor pun terus beri sekali lagi sedut nebulizer....

selepas 10 minit sedut...seperti biasa badan aku akan menggeletar. (sedangkan nak taip mesej pun terketar-ketar). aku pun boleh bernafas seperti biasa cuma badan aku je yang menggeletar.
Nasib baik kawan2 ku sanggup tunggu padahal masa tu dah dekat pukul 2 pagi...thanks tu Nurul, Syimah, Zeeqah sebab sanggup tunggu. Syimah dan Zeeqah pulak walaupun berada di bilik sanggup trun cari motor nak jemput aku balik. Thanks sangat kat korang.

Sementara menunggu nak ambil ubat, ada satu kes kecemasan yang membawa kepada kematian. Semua ahli2 keluarga terdekat menangis, meraung. Aku dan Syimah yang berada berdekatan tu jugak turut berasa sebak...
Pukul 2 syimah telah menghantar aku pulang ke desasiswa.
Macam perkara yang berlaku dalam 1 hari (banyak ag nak citer tapi penat dah menaip)...hehehe
itu saje coretan saya kali ni..

No comments:

Post a Comment