CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Thursday, February 16, 2012

Apa kaitan Jerawat dgn Kesihatan??

Assalamualaikum

hari ni mood agak happy, so jerawat pun kurang..hahaha..sebab apa???
Sebab ari ni result final exam dah dilancarkan (mcm x kena je ayat aku ni)..dan Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya ke bawah duli raja- raja...aish die mula la nak merepek tu.ok FULLSTOP!.

balik kepada tajuk asal..apa kaitan jerawat dengan kesihatan?? ada kaitan ke?
Jawapannya adalah YA, sebab jerawat ini muncul dari dalam badan kita, jika kesihatan kita kurang dijaga, maka lebih banyakla jerawat ini berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan panas..lalala~

reaksi muka ketika memicit jerawat


Antara tempat- tempat yang sering diterjah oleh jerawat iaitu:-(area muka je)

DAHI - Jerawat di dahi ini kemungkinan disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anad mungkin terlampau letih. Oleh itu, amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut yang melampau dan sistem penghadaman anda bermasalah. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi. Oleh itu, berhati-hati ek bagi kaum wanita.

DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyaktoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN - Fungsi paru- paru mungkin tidak normal

PADA BADAN ( BELAKANG DAN DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan diikuti piramid makanan bagi memastikan toksin dapan disingkirkan dengan lebih baik.

sekadar perkongsian, kadang- kadang jerawat juga punca daripada masalah resdung, dan hal ini juga boleh dikaitkan dengan faktor genetik.

1 comment:

  1. terima kasih yea atas info nie. kebetulan pula saya tak boleh makan ayam. nanti naik jerawat kt muka dn badan. kelakar bukan?

    ReplyDelete