CommentLover.Com
Sweet Comment @ CommentLover.

Thursday, December 16, 2010

Peach Cobbler oh peach cobbler

Assalamulaikum...ya anda2 sume ari ni mari la kite masuk sekejap ke segmen masak-memasak.
Aku nak citer kat korang sume, aku ni sebenarnye bukan la pandai memasak sangat...tapi suke sangat cube-cube resepi..ada yang menjadi ada jugak yang tak menjadi..apa nak jadi, jadi la asalkan memasak..
tapi kalau korang nak tahu kalau aku ada join kem apa2 ke mesti aku yang kena memasak..nasib baik ok..
berkat daripada bakat memasak mak aku kot..hihihi


panjang pulak merepek kat atas tu..ni nak citer korang pernah dengar makanan yang bernama(makanan pun ada nama taw) PEACH COBBLER species dessert...hahaha
ni aku ambik sedutan dalam wikipedia
"Cobbler is a dish in both the United States and the United Kingdom, it is a dessert consisting of a fruit filling poured into a large baking dish and covered with a rolled pastry dough, then baked in an oven."
senang citer ia adalah sejenis dessert yang berunsurkan buah-buahan.


aku pun tak penah dengar nama makanan ni, tapi adalah aku baca novel karya HLOVATE - 5 tahun 5 bulan
adalah die sebut pasal makanan ni siap bagi resepi agi tu..
resepi die senang je..meh sini 1 bagi


PEACH COBBLER:
1 buku mentega
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula caster
1 tin buah pic
1 cawan susu segar
1 sudu soda bikarbonat
serbuk kayu manis


cara-cara:
1-  cairkan mentega dalam bekas
2- gaulkan tepung gandum, gula caster dan soda bikarbonat sampai sebati
3- kemudian campurkan susu segar sedikit demi sedikit ke dalam bahan gaulan tadi supaya tak nak berketul-ketul macam susu basi plak (yekk!!)
4- mentega tadi kan dah cair, so susun buah2 pic ke dalam bekas yang berisi mentega cair tadi
5- selepas susun, tuang bancuhan yang mula2 tadi
6- taburkan serbuk kayu mani sebagai penambah perisa
7- bakarkan di dalam oven dengan suhu 170-180 C selama 40 minit @ sehingga ia bertukar warna oren keemasan (ade ke oren keemasan bukan kuning keemasan ke)


hah! kan mudah resepi die...bile dah masak nanti lebih sedap dimakan dengan ais krim vanilla.
sesuai untuk dijadikan pencuci mulut. SELAMAT MENCUBA!!


:- yang aku wat mula2 dulu x menjadi( abih rentung) mane tak nye, terlupe die dalam oven,
yang kali ke-2 wat baru la menjadi. Akhirnye menjadi rezki pak sedara aku datang..



No comments:

Post a Comment